PKR Akui Ada Masalah Komunikasi dengan PAS Kedah

ALOR SETAR 12 Okt - PKR Kedah tampil memperjelaskan maksud sebenar ‘masalah komunikasi’ antaranya dengan Pas berhubung jemputan dalam pembentukan sekretariat pembangkang peringkat negeri Khamis lalu.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail berkata, masalah komunikasi adalah istilah paling lembut digunakan bagi menggambarkan bahawa pihaknya masih belum mengenali pucuk pimpinan baharu parti berkenaan.

“Seperti kita maklum hubungan PKR dan Pas memang sudah wujud sejak terbentuknya PR dan perkara itu tidak dapat dinafikan.

“Namun sebahagian besar pimpinan Pas yang sering berhubung dengan PKR tidak lagi bersama parti itu kerana menyertai Parti Amanah Negara (Amanah),”  katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pertukaran pucuk pimpinan  Pas Kedah menyebabkan pihaknya tidak dapat memberi jemputan dalam masa singkat.

“Ini bermakna PKR Kedah perlu berkenalan dan menjalinkan hubungan persahabatan terlebih dahulu dengan pimpinan baharu Pas Kedah.

“Selepas kita berkenalan barulah akan dibincangkan tentang penglibatan parti Islam itu dalam sekretariat pembangkang Kedah,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu bagaimanapun menjelaskan bahawa tawaran itu masih terbuka kepada Pas dan parti pembangkang lain yang ingin menyertai gabungan tersebut sebagai persiapan menghadapi PRU14.

“Kita akan hubungi pucuk pimpinan baharu Pas Kedah dalam masa terdekat bagi menjalinkan hubungan persahabatan politik secara rasmi dan berbincang hala tuju gabungan sekretariat pembangkang yang diwujudkan baru-baru ini.

“Penubuhan sekretariat pembangkang Kedah tanpa kehadiran Pas kerana ia dilakukan dalam tempoh singkat untuk memberi respon kepada titah Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Sebelum ini, Pas Kedah mempersoal tindakan PKR Kedah menubuhkan sekretariat pembangkang tanpa berbincang dengannya dengan  alasan berlaku masalah komunikasi.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, masalah komunikasi itu tidak benar kerana ia tidak pernah dihubungi PKR Kedah bagi membincangkan pembentukan sekretariat pembangkang.

Bagaimanapun, Pas Kedah tetap komited menumbangkan BN pada PRU14 dan bersiap sedia dengan jentera pilihan raya yang istiqamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana