Pengetua Sekolah Di Wangsa Maju Cuba Sabotaj Hari Sukan Negara

WANGSA MAJU 10 Okt - Pengetua di Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 1 didakwa cuba mensabotaj sebuah program yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara 2015.

Ianya selepas pengetua terbabit yang pada mulanya bersetuju untuk membantu membekalkan elektrik bertindak menarik balik persetujuan tersebut.

Keputusan itu menyebabkan segala persiapan untuk Pertandingan Bola Jaring dan Pertandingan Sukan Rakyat yang diadakan di padang sekolah terbabit tergendala.

Program Anjuran Puteri UMNO tersebut yang dijadualkan bermula pagi ini turut mengalami kelewatan dan kerja-kerja persiapan dilihat masih dilakukan ketika majlis perasmian sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Mohd Shafei Abdullah selaku perasmi kepada program tersebut berkata, tindakan pengetua terbabit adalah tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Katanya, cubaan untuk mensabotaj terbabit adalah tindakan yang kurang cerdik kerana program itu adalah untuk menyambut Hari Sukan Negara yang turut disambut di seluruh Malaysia.

"Pengetua itu di sekolah ini patut dipindahkan ke sekolah lain, kalau beliau duduk di Wangsa Maju dia bersifat hendak sabotaj program anjuran UMNO Wangsa Maju maka dia tidak layak untuk berada di Wangsa Maju.

"Kita sebenarnya hendak menyambut Hari Sukan Negara yang bukan hanya disambut di Wangsa Maju tetapi turut disambut di peringkat nasional, saya tidak faham bagaimana pendeknya akal pengetua ini.

"Saya nak cikgu-cikgu yang ada tolong sampaikan kepada pengetua tersebut betapa pendeknya akal apabila kita hendak sambut Hari Sukan Negara tetapi beliau cuba gagalkan dengan menarik balik keputusan membekalkan elektrik di saat-saat akhir," katanya

Dalam pada itu, Shafei turut menyampaikan penghargaan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah hadir membantu mendapatkan bekalan elektrik dari sumber berdekatan.

Jutaan rakyat Malaysia turun ke padang dan bersenam di seluruh tanah air dalam misi kita untuk menjadi sebuah negara bersukan hari ini.
Daripada aktiviti-aktiviti ikonik dengan ribuan peserta di bandar-bandar hingga ke pertandingan futsal di kampung-kampung, Malaysia bakal mengorak langkah pertama ke arah menjadi negara yang lebih sihat dan cergas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana