Pemimpin PAS Kena Tampar Ketika Sesi Dialog

PASIR MAS 2 Okt - Yang Dipertua PAS Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron cedera di muka selepas ditampar ahli parti itu pada Majlis Dialog PAS di Kampung Banggol Kulim, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang itu ditampar dipercayai akibat perselisihan dalam parti. Difahamkan, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru ke arah Abdul Fatah lalu menampar mangsa sebelum bermulanya sesi dialog.

Insiden itu menjadi viral sejak malam tadi selepas Abdul Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang cedera.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana