Pelikkkk.....Tiba-tiba tokoh perniagaan Cina puji Sultan Perak...

Tidak ada angin dan ribut tiba-tiba seorang tokoh perniagaan Cina di Ipoh melakukan kejutan dengan memuji Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dihadapan orang ramai.
Pujian itu juga dilakukan di hadapan Sultan Perak dan Menteri Besar Perak dalam satu majlis yang kebanyakan mereka yang hadir terdiri dari ahli-ahli perniagaan tempatan (juga orang politik) berbangsa Cina.

Hal ini agak ironi kerana pujian tersebut diucapkan di tengah-tengah kekalutan perpaduan kaum, serta pada ketika orang-orang Cina melihat orang-orang Melayu semakin berani memperjuangkan hak-hak perundangan dan ketuanan selaku pribumi di negara ini.

Sekadar satu rekod, ekoran demonstrasi haram Bersih 4.0 yang 95 peratus terdiri dari bangsa Cina di ibukota, tidak lama kemudian muncul 250,000 yang rata-rata orang Melayu berdemostrasi secara aman di Kuala Lumpur menunjukan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Ia juga mempamer kuasa “ketuanan” bangsa Melayu. Ini  dapat dilihat melalui berbagai sepanduk dan kain rentang.

Di Ipoh tokoh yang kita maksudkan memuji Sultan Perak ialah  Pengerusi Dewan Perhimpunan Perniagaan China Perak, Datuk Liew Sew Yee yang antara lain berkata, keperihatinan Tuanku dan mesra rakyat . . . .”turut mendapat tempat di hati, malah disegani oleh komuniti berketurunan Cina di seluruh negeri”.

Sebelum itu kita ingin menggambarkan majlis pada malam itu. Satu kombinasi penampilan budaya Cina oleh pelajar SMJK Sam Tet, kumpulan Fu Joh Sheah, Ipoh Chinwood serta MCA Youth Culture Club dipersembahkan.

Seperti satu lagi identity persembahan, paluan gendang  oleh pelajar SMJK Pasir Pinji mendapat tepukan. Selain itu, disertakan kibaran bendera besar Dragon Chin Woo.

Turut memeriahkan ialah persembahan Orkestra Cina daripada SMJK Yuk Choy dengan lagu-lagu 'Sejahtera Malaysia' dan medley lagu kelasik masyarakat Cina.

Malam tersebut benar-benar merupakan “persembahan kebudayaan Cina” sehingga terdapat persembahan yang mengingatkan kita pada dinasti yang memerintah negeri China beratus tahun lamanya. Ini dapat dilihat melalui persembahanan kostum  daripada Pusat Opera dan Drama Cheng Yin.

Seperti disebut tadi, bila giliran Liew berucap, beliau dalam ucapannya menarik perhatian tentang personaliti baginda (Sultan Perak) mengingatkannya kepada Almarhum Sultan Azlan Shah.

Ciri signifikan dalam pemerintahan Almarhum baginda ialah baginda tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai pemerintah dan mengutamakan pemuafakatan serta keharmonian setiap kaum di Perak.

Kenyataan ini tentu sangat positif memandangkan beberapa adegan sebelum ini menunjukkan bahawa ada tokoh-tokoh pembangkang (wakil rakyat DAP) yang tidak sensitif terhadap institusi raja-raja.

Walaupun kenyataan itu tidak berkait dengan tindakan wakil-wakil rakyat daripada DAP yang tidak memakai baju rasmi semasa menghadiri sidang DUN tidak lama dulu ia tentu mengembirakan banyak pihak.

 Untuk rekod perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang dan DAP itu telah menyebabkan Sultan Nazrin murka.

Sebaik merasmikan pembukaan sidang  DUN Perak ke13, baginda dan Raja Permaisuri meninggalkan majlis tanpa terlebih dahulu bergambar dengan semua wakil-wakil rakyat dan juga tidak menghadiri majlis jamuan.

Ini merupakan sidang pertama baginda selaku Sultan Perak merasmikan sidang DUN tetapi apa yang berlaku ialah perbuatan dan penampilan kurang adap dipamerkan oleh wakil-wakil rakyat DAP pada majlis itu.

Mereka kemudian tidak diundang menghadiri majlis pertabalahan Sultan Nazrin  sebagai Sultan Perak ke 35 menggantikan Almarhum Sultan Azlan yang mangkat tahun lalu. Pertabalahan berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dengan penuh adat budaya dan kesultanan Melayu Perak.

Justeru kenyataan Liew, walaupun tidak mewakili semua masyarakat Cina tetapi terdapat kenyaaannya yang boleh dianggap “cuba menjernihkan suasana” ekoran apa yang berlaku tenpoh hari serta apa yang berlaku pada masa kini.

Soalnya apakah masyarakat Cina di Perak bersetuju dengan Liew?

Ironinya sehingga berita ini ditulis kesemua wakil-wakil rakyat DAP belum memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak.

Untuk rekod juga, hubungan kaum di negara ini sejak kebelakangan ini memperlihatkan keadaan “tegang” tetapi terkawal.

Kira-kira 85% pengundi Cina menolak calon-calon kerajaan BN yang bertanding dalam PRU ke13 lalu. Atau dengan lain perkataan mengundi pembangkang.

Sebagai contoh Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bertanding di parlimen Bagan Dagoh juga mendapati peratus undian tidak memihaknya kali ini, khusus dikalangan bukan Melayu merosot.

Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang bertanding di DUN Pangkor, juga dikesan memperoleh undi berkurangan di peti-peti undi majority pengundi cina. Dengan kata lain, mereka tidak menyokongnya.

Sementara itu Liew dalam ucapan itu berkata perkembangan lanskap politik dan struktur masyarakat Malaysia hari ini semakin memperlihatkan unsur ketidakstabilan dan ketidakharmonian sesama kaum, namun beliau berikrar akan sentiasa menjunjung taat setia kepada kepimpinan di bawah Paduka Seri Sultan sebagai peneraju negeri berperlembagaan.

"Kami sebagai anak Perak, sentiasa berasa bersyukur dan bertuah kerana mempunyai seorang Sultan yang bijaksana dan berhemah tinggi, tonggak kestabilan dan keadilan malah menjadi teras perpaduan pelbagai kaum.

"Tuanku tidak pernah lupa untuk menjadi payung kedaulatan negeri, memberi naungan saksama kepada setiap warga Perak justeru kami akan terus menjunjung sistem Raja Berperlembagaan dan memberikan yang terbaik buat negeri ini," katanya.

Sambil menyifatkan Sultan Perak sebagai payung penyatuan dan pelindung rakyat, tokoh perniagaan Cina itu menambah bahwa mereka amat menghargai setiap sumbangan, bantuan dan kerjasama yang dihulurkan kepada PCCCI dalam dalam konteks memperkasakan ekonomi di seluruh negeri.

"Di sinilah kami dilahirkan sebagai masyarakat berketurunan Cina Malaysia, sebagai anak Perak dan inilah? tanah air kami.

"Kami akan patuh dan memandang tinggi kepimpinan serta kedaulatan Paduka Seri Baginda," ujarnya.

Sultan Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersama Masyarakat Cina anjuran PCCCI begitu juga Dr Zambry dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon turut hadir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana