PAS tidak boleh terima PAN yang sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan PASTI serta markas PAS.

BANGI, Sabtu – PAS kekal dengan kata putus untuk tidak bergabung dalam pakatan harapan kerana selain berseteru dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN), ia akan menimbulkan masalah utama dalam agihan kerusi ketika pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pada waktu ini, tak mungkin PAS boleh terima PAN yang sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan PASTI serta markas PAS.

“Apabila PAS bergabung dengan PKR sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

“Kalau PAS bergabung pula dengan pakatan harapan bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baharu, dan ini tidak mungkin berlaku melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada PAN,” katanya.

Tegasnya, PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak PAS.

“Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya PAN juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada Umno atau Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tidak menang, kerana pengundi Cina tidak akan beri undi, maka apakah PAN akan menang kalau pengundi Melayu tak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut menyelar tindakan tergesa-gesa membentuk pakatan harapan yang menonjolkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca keretakan pakatan rakyat.

“Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut telah kelihatan.

“Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain.

“PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami oleh PAS,” katanya yang percaya perpecahan dalaman parti itu akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu akan melemahkan kekuatan suara pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana