Pas Tidak Akan Sesekali Berganding Dengan DAP, Amanah – Ketua Dewan Ulama

KUALA LUMPUR 13 Okt – Pas tidak akan sesekali berundur ke belakang dan tidak akan menyertai pakatan pembangkang yang dibentuk bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed menegaskan, PKR tidak perlu lagi bersusah-payah mahu ‘menyambung’ semula ikatan yang telah terputus.

Menurut beliau, Pas tidak lagi berminat mengulangi pendirian tersebut kerana pada masa ini parti itu sedang mempertimbangkan untuk membina pakatan baharu dengan menjalinkan kerjasama dengan parti-parti kecil lain untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“PKR tidak perlu lagi nak meminta-minta Pas untuk bersama-sama dengan pakatan pembangkang. Pendirian kami jelas, kerjasama dengan DAP dan Amanah tidak akan lagi wujud.

“Pas hanya mengekalkan hubungan dengan PKR. Kita boleh pertimbangkan untuk bekerjasama dengan parti-parti lain. Ada banyak lagi parti kecil lain dan kemungkinan Pas akan membentuk pakatan sendiri,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan PKR yang masih mengharapkan Pas untuk menyertai pakatan pembangkang selain menggesa sekutu-sekutunya dalam pakatan itu untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri dan jangan mencampuri urusan dalaman parti lain.

Mahfodz berkata, Pas tidak pernah memulakan perbalahan de­ngan mana-mana parti terutama DAP ketika masih menjadi sekutu dalam pakatan pembangkang, sebaliknya DAP yang berterusan bersikap biadab dan kurang ajar sehingga mencabar pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

“DAP yang memulakan perbalahan. Bila mereka dah lama buat begitu, barulah kita menyahut (bertindak memutuskan hubungan).

“Tindakan tegas kami ini selama-lamanya akan terpakai sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana