Pas kata ahli Amanah kafir?

SHAH ALAM - Pas kata ahli Parti Amanah Negara (Amanah) kafir? Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menerusi status Facebooknya, hari ini.

Beliau yang menganggap tuduhan itu serius juga menuntut jawapan siapa, bila dan di mana kenyataan tersebut dikeluarkan.

‘Pas kata ahli Amanah kafir? Siapa? Bila? Di mana? Tuduhan serius ini!,” tulisnya.

Jumaat lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar Amanah sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.

Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.

Sementara itu, dipercayai merujuk kepada laporan portal berita yang menyebut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa 60 peratus daripada 50,000 ahli Amanah adalah bekas pemimpin Pas, Nasrudin menyifatkan kenyataan itu tidak munasabah.

“60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.

“Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana