PAS dakwa mereka tak terjejas MP lompat parti lain

PAS di dua kawasan di Kelantan mendakwa mereka tidak terjejas walaupun Ahli parlimen mereka 'lompat parti'.
PAS Kuala Krai dan Tumpat berkata pentadbiran pusat khidmat parlimen di Kuala Krai dan Tumpat diurus PAS kawasan berkenaan.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman berkata pengurusan berkaitan rakyat lebih banyak diurus jentera Majlis Dewan Undangan Negeri (MTD).

Katanya, di parlimen Kuala Krai terdapat Dun Mengkebang, Manek Urai, Guchil dan Dabong yang mengendalikan segala urusan rakyat sama ada berkaitan kerajaan atau parti.

“Jentera parti peringkat kawasan berjalan lancar tanpa masalah biar pun anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli kini menyertai parti lain.

“Malah kita sudah menggerakkan kempen daftar pemilih pada Ogos hingga September lepas dan mencapai sasaran ditetapkan,” katanya ketika dihubungi.

Dr Mohd Hatta yang berasal dari Selangor mewakili parlimen Kuala Krai sejak 2008 setelah menang bertanding atas tiket PAS. Kini beliau merupakan anggota jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN).

Bagaimanapun difahamkan selepas menyertai parti baru beliau jarang kelihatan di Kuala Krai.

Abdul Latif juga berkata biar pun tidak ramai menyertai PAN di Kuala Krai, namun sedikit sebanyak boleh menjejas prestasi PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 tanpa ada usaha bersungguh-sungguh dari sekarang.

Situasi serupa juga berlaku di Tumpat setelah anggota parlimennya Datuk Kamaruddin Jaffar menyertai PKR. Perkhidmatan kepada rakyat diambil alih PAS kawasan.

Setiausaha PAS Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim berkata urusan pentadbiran peringkat parlimen berjalan seperti biasa biar pun wakil rakyat berhijrah ke parti lain.

Katanya urusan berkaitan rakyat lebih banyak dijalankan MTD Wakaf Bharu, Pasir Pekan, Kelaboran dan Pengkalan Kubor.

Beliau juga berkata, PAS Tumpat tidak banyak terjejas ekoran kewujudan PAN kerana pengaruhnya tidak meluas kecuali beberapa bekas ahli yang menyertai parti itu di Dun Kelaboran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana