PAS Baru Tahu Ker.....DAP Angkuh Tolak Syariat Islam - PAS Sarawak

PAS Sarawak mendakwa Pengerusi DAP Chong Cheing Jen terlalu angkuh apabila menyatakan parti Islam itu tidak lagi relevan di negeri Sarawak.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, sejak Chong memegang jawatan pengerusi daripada mendiang Wong Ho Leng, DAP negeri itu semakin sukar untuk dibawa ke meja perundingan.

"Hakikatnya DAP di bawah kepimpinan Chonglah yang memutuskan keluar Pakatan Rakyat Sarawak dan memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR pada Mac 2015 dengan alasan Rang Undang-undang (RUU) berkaitan Hudud di Kelantan yang sebenarnya tidak berkaitan pun dengan Sarawak.

"Soalnya, adakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan beliau juga suka memaksa rakan Pakatan lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk dengan kehendak beliau? ," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau menegaskan, tindakan DAP di bawah pemimpin seperti Chong menyukarkan untuk blok pembangkang bersatu dan ia akan menyukarkan lagi hasrat rakyat untuk mengubah kerajaan yang ada sekarang.

Katanya, PAS Sarawak tetap dengan pendirian tegas dan tidak akan tunduk dengan kehendak Chong supaya mengikut kehendak beliau untuk PAS tidak melaksanakan Hudud dalam negara meskipun RUU tersebut diusahakan melalui jalan demokrasi.

"Hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana dimaklumi oleh semua bahawa Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek utk pelaksanaan hudud waima dalam kalangan orang Islam Sarawak.

"Justeru, isu hudud hanyalah propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional untuk menjustifikasi agenda tersirat yang beliau ingini termasuk mendapatkan lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya Negeri akan datang.

"PAS mengingatkan DAP bahawa musuh politik adalah BN dan pastikan peluru kita dihala kepada BN dan bukannya sesama blok pembangkang,"katanya.

Beliau tidak menolak, jika DAP Sarawak terus dengan cara kepemimpinan Chong mungkin Dap Sarawak akan terus ketinggalan dan sukar untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama dari Muslim dan Bumiputera lain di Sarawak.

"Kita serah kepada ahli DAP sendiri untuk menilai dan memilih pemimpin mereka untuk masa depan Sarawak.

"Kita tidak mahu mencampuri urusan DAP dalam memilih pimpinan mereka seperti mana pemimpin mereka mencampuri urusan pemilihan pemimpin PAS masa Muktamar dulu," ujarnya.

Jofri Jaraiee turut berkata, rakyat negara ini akan hidup lebih harmoni dan aman sekiranya semua pihak menghormati kepercayaan dan adat budaya antara satu sama lain dan tidak mencampuri urusan agama lain.

"Justeru, PAS Sarawak akan terus istiqamah hingga kemenangan dan terus konsisten memperjuangkan nasib dan hak rakyat Sarawak.

"Projek-projek untuk rakyat yang bertemakan kebajikan dan kemasyarakatan di bawah inisiatif Untukmu Sarawak (UMS) akan diteruskan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana