Pakatan Harapan Tawar Kerjasama, Dr Mahathir Dijangka Akan Setuju....Sanggup Jugak Bersengkokol Dengan DAP Yer?

Umpama satu tawaran yang sukar ditolak, nampaknya parti pembangkang dikhabarkan akan menawarkan kerjasama bersama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Parti pembangkang kini sedang gembira apabila semalam, Dr Mahathir dan rakanr-rakan picisannya membuat sidang media terus memberi tekanan kepada kerajaan.

Menurut mereka, agenda bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dan agenda mereka sama.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Sany Hamzan berkata, Pakatan Harapan perlu segera membuat kerjasama bersyarat dengan pasukan Mahathir untuk berdepan kerajaan BN.

“Agar gelombang yang telah disemarak oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan terhadap 1MDB mampu digarap semaksimum mungkin.

“Terma-terma kerjasama ini haruslah dalam ruang lingkup untuk menyelamatkan negara dengan syarat yang kuat untuk Mahathir tidak akan mengulangi kezaliman politik yang telah beliau legasikan sepanjang 22 tahun memerintah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Langkah Dr Mahathir untuk berbuat baik dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah demi matlamat itu menarik minat parti pembangkang di negara ini yang memang tidak boleh menang dengan usaha sendiri.

“Walau mungkin sukar, kita juga percaya bahawa melalui medium konsultasi, tiada masalah atau konflik yang tidak mampu dirungkai,” katanya.

Dr Mahathir pula berkenaan tawaran ini, dijangka akan menerimanya tanpa banyak bicara kerana mengenangkan ramai pihak ingin bersama-sama dengannya dalam menjatuhkan Najib.

Biarlah, parti pembangkang pada masa dahulu pernah memanggilnya dengan gelaran Maha Firaun satu ketika dulu, Dr Mahathir tidak akan cuba mengungkit perkara itu sebaliknya hanya bekerjasama dengan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana