Padan Mukanya.....Mahkamah tidak benarkan Khairuddin, Matthias diikat jamin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa menolak permohonan ikat jamin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang yang dituduh mensabotaj perkhidmatan perbankan serta kewangan negara.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin dalam keputusannya, berkata mahkamah terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012, yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi - pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Khairuddin dan Chang dituduh dengan niat bersama cuba melakukan sabotaj terhadap sektor perbankan serta kewangan negara dan didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana