PADAN MUKANYA.....ENGKAR ARAHAN!!! 2 YB DAP DITAHAN POLIS

Polis hari ini mengesahkan penahanan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai bersama-sama 13 yang lain kerana terbabit dalam kekecohan di Kampung Ulu Temiang.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisen Muhamad Zaki Harun berkata mereka ditahan pagi tadi untuk disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menentukan proses pengambilan tanah di Kampung Ulu Temiang berjalan lancar serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis.

"Saya mengesahkan pada hari ini, kira-kira 8.30 pagi tadi, polis membuat tangkapan terhadap 15 individu termasuk 2 wakil rakyAT.

"Tangkapan lain ialah 4 penghuni Kampung Ulu Temiang dan 9 lagi adalah bukan penghuni kawasan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata dalam operasi itu, polis bertindak menentukan keselamatan dan pematuhan dalam menguatkuasakan perintah mahkamah, khususnya dari segi keselamatan nyawa dan tiada pelanggaran undang-undang yang berkuat kuasa.

"Pada keseluruhannya, terdapat ramai wakil rakyat, ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul, tetapi mereka tidak menghalang pelaksanaan tugas polis malah memberi kerjasama kepada polis.

"Siasatan masih berjalan dan rakaman percakapan mereka serta saksi-saksi lain akan diambil," katanya.

Dalam kejadian pagi tadi, Loke yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan ditahan selepas terbabit dalam kekecohan berhubung tindakan menghalang pembeli tanah membawa jengkaut untuk merobohkan kediaman penduduk.

Lebih 100 penduduk Kampung Ulu Temiang diarah keluar oleh pemilik baharu kawasan itu, One Visa Sdn Bhd, yang membelinya dengan harga kira-kira RM18 juta. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana