Orang DAP Perlu Henti Putar Belit Isu Perkauman


INSIDEN memalukan membabitkan Duta China ke negara ini, Huang Huikang sepatutnya tidak berlaku kalau orang-orang DAP tertentu tidak memutar belitkan kenyataannya mengenai negara China dan orang cina di Malaysia.

Muktahir ini, banyak perkembangan menunjukkan bahawa ia adalah salah orang-orang DAP tertentu menafsir ucapan Huikang dalam majlis di Jalan Petaling tersebut sehingga perkara ini berlaku, sedangkan beliau (Huikang) dan negara China sendiri tidak melakukan sebarang  kesalahan.

Penulis pernah sebut, ketika orang cina Indonesia dibunuh secara beramai-ramai pada tahun 1998 pun, China tidak menghantar tenteranya untuk menyelamatkan mereka, bahkan orang cina Indonesia yang terselamat pada ketika itu juga tidak lari ke China tapi sebaliknya ramai berlindung di Pulau Pinang yang ketika itu masih dibawah BN.

Itu pembunuhan beramai-ramai, pun China tidak masuk campur, inikan pulak ancaman perhimpunan oleh kumpulan Baju Merah.  Polis di Malaysia ini pun sudah lebih dari cukup untuk menyelamatkan peniaga cina yang menjalankan perniagaan disitu kalau pun perhimpunan itu berlaku seperti mana pada 16 September lepas.

Cina Indonesia (begitu juga cina Malaysia) bukan rakyat China, dia nak masuk campur buat apa? Lainlah kalau warganegara China yang kena, itu mungkin cerita lain.  Ada 1.4 billion rakyat China yang nak difikirkan kerajaan China, lagi nak fikir rakyat negara orang lain sekalipun sama etnik dan keturunannya di tempat lain dalam dunia?

Mana ada logiknya.

Justeru, tindakan perlu diambil ke atas orang-orang DAP yang berkenaan, penulis dah sebut awal lagi.  DAP bukan cina, cina bukan DAP katanya tapi dalam hal-hal macam ini nampak tanggapan yang bermain di kepala ramai orang itu memang betul.

Sebab itu dalam isu berkaitan orang cina, DAP yang lebih dulu ke depan, bukan sangat mempertahankan tapi lebih kepada nak mengambil kesempatan.

Kedutaan China pun selepas ini perlu menyenarai hitamkan orang-orang DAP yang berkenaan dari menghadiri majlis rasmi yang dihadiri Dutanya. Ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang di masa hadapan yang mana boleh mendatangkan mudarat lebih dari kebaikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana