NTV7 Biadap, Tarik Balik Lesen Penyiaran - Syed Ali AlHabshee

KUALA LUMPUR 1 Okt - Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabhee menggesa kerajaan tanpa ragu-ragu menarik lesen penyiaran NTV7 yang disifatkannya biadap serta tidak menghormati sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Syed Ali merujuk kepada satu program bual bicara televisyen berkenaan bertajuk ‘Edition’ yang disiarkan dalam bahasa Cina yang salah seorang ahli panelnya (berbangsa Cina) mengeluarkan kenyataan menghina kerajaan.

Dalam program itu, ahli panel berkenaan bercerita mengenai satu sidang PBB yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama; Perdana Menteri China Wen Jia Bao; Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara lain kata ahli panel itu lagi, “dalam perkumpulan itu, Robert Mugabe mengadakan kuiz kepada ketiga-tiga pemimpin iaitu Barrack Obama, Wen Jia Bao dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Antara soalannya, negara manakah enjin pesawatnya hilang tanpa berperang? Negara mana yang habiskan $10 juta membina 50 klinik1Malaysia tapi tiada doktor? Stadium negara manakah yang roboh sendiri walaupun gempa bumi tidak berlaku? Malangnya semua itu berlaku di Malaysia.

“Saya menyifatkan soalan-soalan yang dikeluarkan oleh ahli panel berkenaan tidak beradab dan jelas menghina nama baik kerajaan dan kepimpinan negara ini. Saya menyelar tindakan stesen NTV7 yang menyiarkan program boleh menimbulkan keraguan di kalangan rakyat jelata.

“Soalan-soalan yang dikemukakan di depan penonton jelas tidak menggambarkan program berkenaan mengandungi maklumat berfakta sebaliknya berbaur fitnah yang jelas cuba menanamkan rasa kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Justeru UMNO Bahagian Cheras, mendesak kerajaan menarik lesen penyiaran NTV7 agar menjadi pengajaran kepada stesen televisyen yang lain agar lebih berhati-hati dalam menyiarkan sebarang program mereka. Tindakan ini tidak boleh dibiarkan.

“Kita tidak mahu sebuah stesen televisyen yang jelas menghasut atau menghina pentadbiran kerajaan sepertimana dilakukan NTV7. Sepatutnya pihak stesen televisyen berkenaan lebih bertanggungjawab dan tidak membenarkan ahli panelnya melontarkan soalan jelas tidak bermaklumat selain menyemai rasa kebencian rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Tegas Syed Ali, soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli panel berkenaan serta mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir jelas berunsur fitnah. Seolah-olah menggambarkan pentadbiran kerajaan lemah dan menimbulkan banyak masalah kepada rakyat.

“Tindakan ahli panel menghina Klinik 1Malaysia misalnya tidak sepatutnya berlaku. Klinik 1Malaysia sudah banyak membantu keperluan golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak sepertimana digambarkan oleh ahli panel berkenaan yang berfikiran sempit dan dangkal.

“Bagi saya kalau ahli panel berkenaan tidak bersetuju dengan kerajaan negara ini, dia boleh pilih untuk menetap negara-negara lain. Tetapi kalau dia masih mahu menetap di negara ini tolong hormati perlembagaan dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

“Tetapi tindakannya melontarkan soalan-soalan yang tidak sepatutnya berkenaan pentadbiran kerajaan jelas menggambarkan sikap dan peribadinya tidak menghormati rakyat negara ini. Kita boleh dakwa dia mahu menjatuhkan kerajaan dengan soalan-soalan yang sengaja diada-adakannya,” katanya.

Seterusnya Syed Ali menasihatkan rakyat di negara ini agar sentiasa menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negara ini dengan mengamalkan sikap hormati menghormati dan jangan sesekali menghina kerajaan. Ini termasuklah tindakan memperkecilkan mana-mana kepimpinan atau kaum lain tidak sepatutnya berlaku.

Sudah tentu kerajaan sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk kepentingan dan faedah rakyatnya. Tidak sepertimana digambarkan oleh ahli panel program berkenaan yang mandul dengan idea dan cuba mewujudkan suasana ketegangan rakyat pelbagai kaum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana