NIZAR LILIN DIDESAK LEPAS JAWATAN!!!

 IPOH: PAS Perak mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof, segera meletak jawatan mereka selepas kedua-duanya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata desakan itu dibuat selaras dengan baiah atau perjanjian dibuat kedua-duanya dengan PAS yang menyatakan akan mengosongkan kerusi mereka jika lompat parti.

Katanya, keputusan mendesak kedua-duanya mengosongkan kerusi wakil rakyat itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak di sini hari ini.

"Kegagalan kedua-duanya yang kini menjadi tonggak AMANAH untuk mematuhi baiah menunjukkan mereka sebagai tidak amanah dalam menunaikan janji dalam perjanjian yang dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu," katanya.


Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak di sini hari ini. Razman berkata, parti itu juga sudah bersedia daripada segi calon dan cabaran berhadapan pertarungan tiga penjuru sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana