Nik Abduh Tidak Ada Agenda Perjuangkan Rakyat - Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR 2 Okt - Sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tiada lagi dilihat mempunyai agenda memperjuangkan rakyat di negara ini.

Timbalan Ketua Anak Muda Amanah, Faiz Fadzil Noor berkata ia berbeza dengan pamuda Amanah ekoran parti itu lebih dilihat lebih mengetengahkan agenda rakyat berbanding pemuda Pas.

"Sejak beliau memegang tanpa kepimpinan Pemuda Pas Pusat, tidak ada agenda rakyat yang diperjuangkan.

"Kita Pemuda Amanah memperjuangkan agenda rakyat dengan membela nasib rakyat," katanya ketika hadir pada forum Harapan Anak Muda : UMNO-BN Tumbang PRU 14 di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Menurutnya, Pas juga dilihat sebagai sebuah parti yang menghukum ahlinya sendiri  demi menunjukkan parti tersebut sentiasa benar.

Katanya, ia adalah sama sekali bercanggah dengan ajaran yang diajar oleh agama Islam.

"Sejak akhir-akhir ini ataupun sejak Muktamar lagi, mereka suka menghukum atau melebel sesuatu puak di dalam Pas demi menunjukkan Pas adalah parti yang benar.

"Ia bukanlah satu yang diajar oleh agama kita (Islam). Kita mesti menunjukkan kita agama yang baik dan rahmat.

"Mesej yang Pemuda Amanah mahu bawa adalah untuk membudayakan Islam kerana Islam tidak melarang apa saja yang nak buat..tetapi mesti ikut hukum yang ditetapkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana