NGO Selangor Anjur Himpunan Protes Kerajaan Negeri 18 Oktober Ini

AMPANG 7 Okt - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor akan mengadakan sebuah 'Himpunan Selamatkan Negeri Selangor Dari Kerajaan Caca Merba' di sini pada 18 Oktober ini.

Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Jamal Md Yunos berkata, himpunan yang akan diadakan di pusat beli belah Spectrum, Bandar Baru Ampang itu melambangkan protes terhadap kerajaan Negeri Selangor.

"Perhimpunan ini perlu diadakan sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang kini seolah-olah kerajaan yang terbaik, tetapi kita lihat kerajaan Negeri Selangor lah kerajaan yang paling buruk dan kerajaan yang paling menzalimi rakyat negeri Selangor.

"Wabak denggi ini, kita tidur dekat rumah pun tak aman. Selangor (adalah) negeri penyumbang denggi yang paling cemerlang sekali.

"Tahniah (kepada kerajaan negeri) dan syabas membiakkan nyamuk aedes dengan menggunakan peruntukan (bekas) Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

Jamal menjelaskan, tujuan himpunan tersebut diadakan di Ampang kerana kawasan tersebut berdekatan dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang disandang Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, beliau turut menjemput parti-parti politik seperti UMNO dan Pas untuk menyertai himpunan tersebut.

"Kami hendak beritahu, kerajaan negeri kena buat kerja mereka amanah yang rakyat sudah bagi kena tunaikan amanah.

"Kami menjemput UMNO, dan parti-parti lain juga dan kami alu-alukan kehadiran dari Parti Pas, sekiranya Pas ada perkara-perkara tidak puas hati dengan kerajaan negeri apa salahnya.

"Ini protes terhadap kerajaan negeri, ini bukan rasis, kita akan turut bergabung dengan NGO Cina, NGO India dan lain-lain, kita telah dapat persetujuan mereka," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana