Nak Cover Plak Dah....Azizah kata kenyataan sayap PKR bukan mewakili parti

Pulak dah... celaru habis selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu kenyataan AMK dan Wanita PKR Pulau Pinang bukan pendirian parti.

Pada Selasa, kedua-dua sayap PKR itu mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Selasa,

Bagaimanapun, dalam sidang media parti itu Rabu, Wan Azizah berkata, kenyataan tersebut hanyalah kenyataan peribadi pimpinan AMK dan Wanita PKR negeri itu.

"Itu adalah pandangan peribadi mereka bukan pendirian parti," k.

Menurut Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya masih 'meletakkan' Mohd Salleh Man di kedudukannya tanpa ada yang terjejas.

"Mereka (PKR Pulau Pinang) ini 'isolated' jadi, ia hanya kenyataan mereka. Tapi ia tidak menjejaskan (hubungan PKR dengan PAS) kerana kita masih lagi meletakkan Datuk Salleh Man di tempatnya...tidak menjejaskan apa-apa.

"(Kenyataan seperti itu memburukkan keadaan?) Kitakan parti terbuka, bolehlah jika nak cakap luahkan isi hati," katanya.

Sebelum ini Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana Pas tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi menggantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya.

Sementara Ketua Wanita PKRnya, Nur Zarina Zakaria berkata, jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Adun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana