M'sia tambah baik jalur lebar kekang jenayah siber ....4G kepada 5G

Malaysia akan menambah baik perkhidmatan jalur lebar dari 4G kepada 5G bagi mengekang masalah keganasan siber di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mendapatkan kerjasama dalam bentuk teknologi jalur lebar dari China, Korea dan Jepun bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kita dapati bahawa China mempunyai peranan agak penting juga untuk rantau ASEAN bukan hanya dalam bidang ekonomi tetapi mereka juga ada beberapa pendekatan dalam permasalahan jenayah dalam rentas sempadan.

"Saya fikir bukan hanya meningkatkan kesedaran tapi kita sedang menyediakan keutamaan dalam membanteras jenayah siber.

"Saya fikir China akan mengetuai negara Asia dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan kali ke-10 di ibu negara hari ini.

Sebelum ini syarikat dari China telah bekerjasama dengan syarikat Korea bagi meningkatkan kemudahan tersebut.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata pihaknya akan berjumpa dengan wakil Jepun bagi membincangkan kerjasama dan berharapkan keputusan positif dapat dicapai.

"Kami akan berjumpa dengan kepolisan Jepun petang ini dan sebarang kerjasama yang akan diteruskan akan diperbincangkan saya harap kerjasama yang sama dengan China dan Korea semoga dapat diteruskan dengan Jepun.

"Kita harap komitmen dengan Jepun cukup tinggi dan saya mengharapkan pertemuan dengan Jepun pada petang ini lebih positif dapat dilakukan bersama,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana