Meroyan....Patutlah Yang Di Sungai Buloh Tidak Senang Duduk…

Sejak dua tiga hari ini, PKR panas membahang. Ada saja yang tidak kena. Pergi ke hospital, marah pada doktornya. Yang di dalam penjara duduk tidak diam. Ada saja sakitnya. Skripnya pula sama saja seperti sesi hukuman penjara sebelum ini. Cuma berlainan bab sahaja.

Di luar penjara pula juga hangat. Ada yang mendakwa wujud komplot untuk gulingkan Presiden PKR. Khabarnya, team Menteri Besar belum lagi surut dendamnya dan mahu melakukan ‘coup de tat’. Habis dicanangnya di dalam blog.

Pendedahan tersebut tidak dapat dinafikan telah berjaya memanaskan Menteri Besar. Lalu beliau bertindak mengeluarkan kenyataan, menafikan apa yang tertulis di laman blog tersebut. Katanya itu tuduhan berniat jahat. Kononnya penulis blog itu bankrap idea.

Penulis hairan. Penulis blog itu setahu penulis adalah merupakan seorang ahli PKR dan bekas Ketua Cabang. Menteri Besar pula merupakan Timbalan Presiden parti. Dan paling nyata, PKR sudah tentunya ada jawatankuasa disiplin, bukan?

Tuduhan seberat itu dibiarkan Menteri Besar dan hanya dinafikan dengan kenyataan yang tidak kukuh? Beliau hanya menafikan dan mengatakan ia tuduhan berniat jahat. Itu saja? Apa buktinya itu tuduhan jahat? Jika tuduhan itu benar, bagaimana?

Pada pandangan penulis, tuduhan itu tidak ‘mati’ hanya dengan penafian begitu. Lantaran ia merupakan berbentuk tulisan menuduh, Menteri Besar perlu bertindak lebih tegas dan lebih realistik.

Menteri Besar perlu buat laporan polis terhadap penulis blog itu. Tidak kiralah sama ada dia ahli PKR atau tidak, tuduhan itu perlu disiasat untuk menjaga nama baik Menteri Besar. Jika penulis blog itu memfitnah, penulis yakin dia perlu dihukum.

Selain itu, selaku Timbalan Presiden parti, usaha melaga-lagakan beliau dengan Presiden parti tidak wajar dipandang remeh. Dengan kuasa, autoriti dan pengaruh, Timbalan Presiden boleh melaporkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk diambil tindakan pada penulis blog tersebut.

Sekiranya Timbalan Presiden membiarkan perkara itu tanpa ditangani dengan segera, dikhuatiri akan ramai lagi pihak di dalam parti yang akan mendedahkan lebih banyak kepincangan dalaman parti. Tindakan terhadap penulis blog itu boleh menjadi pengajaran kepada ahli parti yang lain.

Cuma penulis pelik. Mengapa Menteri Besar merangkap Timbalan Presiden itu takut sangat untuk mengambil tindakan pada bekas Ketua Cabang itu? Jika sebelum ini dia pernah digantung keahlian partinya, mengapa gentar sangat untuk memecatnya terus keluar dari parti?

Mungkinkah penafian Menteri Besar itu hanyalah sekadar retorik ahli politik? Apakah Presiden tidak akan sangsi pada Timbalan Presiden itu? Apakah Timbalan Presiden yakin ahli parti percaya pada penafiannya? Apakah Menteri Besar itu yakin orang di dalam penjara itu masih percaya padanya?

Penulis tinggalkan persoalan itu kepada Ketua Umum di dalam penjara, juga kepada Presiden, Timbalan Presiden, penulis blog itu, jawatankuasa disiplin parti dan seluruh ahli parti ‘one eye’ itu. Panas atau tidak dalam parti, rasakan sendiri…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana