Merapu Ker Atau Mimpi APa Ni.....Bila Amanah angkat Lim Guan Eng idola Pakatan Harapan...

Sayang seribu kali sayang, keluh Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub, apabila mengenangkan nasib yang menimpa Pakatan Rakyat.

“Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari,” katanya dalam satu ceramah politik untuk memperkenalkan Amanah di Kelang baru-baru ini.

Beliau dan rakan-rakannya melayan impian mahu mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-14 yang dijangka berlaku pas 2018 kerana teruja dengan prestasi PAS, DAP dan PKR dalam pilihanraya umum 2008 dan 2013.

“Rakyat Malaysia telah bersuara pada PRU 2013,” kata Salahuddin. Walaupun mengakui Pakatan Rakyat belum sempurna, tetapi 52 peratus pengundi menghantar isyarat mereka yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan Umno-BN.

“Jika kita di negara Kesatuan Eropah yang mengamalkan demokrasi “proportionate representation”, kita sudah pergi ke Putrajaya,” katanya.

Lantaran itu, tegas beliau, Amanah mahu menyambung usaha memperjuangkan hak dan harapan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan pada sistem politik dan pentadbiran Malaysia.

Bagaimanapun anehnya, Salahuddin pada masa yang sama mengakui bahawa Amanah masih belum mengambil inisiatif untuk memeta langkah politik untuk mendapatkan kuasa.

“Tuan Haji Mat Sabu tidak ada lagi tempat. Tidak ada lagi jaminan di mana tempat dia boleh menang bertanding. Saya tak fikir lagi di mana saya akan bertanding.

“Itu tidak penting. Yang penting ialah perjuangan untuk kita bersama menyelamatkan negara kita,” kata bekas Naib Presiden PAS yang gagal mempertahankan kedudukan dalam parti itu dalam muktamar lalu.

Jika itu satu hakikat, maka ini agak menggusarkan kerana Amanah ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat baru – Pakatan Harapan. Nampaknya timbalan presiden Amanah itu masih beretorik.

Sama ada tingkahnya itu mahu mencerminkan sikap zuhud dan tidak gopoh parti barunya atau satu ikhtiar untuk menjadikan “kegagalan PAS mematuhi” budaya Pakatan Rakyat sehingga ia terkubur, sukar dipastikan.

Yang jelas, masih ada pemimpin Amanah yang tidak akan menyambar setiap peluang memberi komen mengapa Amanah adalah pengganti mutlak PAS dalam politik Malaysia; dan, umumnya, menyalahkan pimpinan PAS.

Persoalannya apakah yang boleh ditawarkan oleh Amanah selain menyanyikan lagu semangat mahu merubah lanskap politik negara?

“Saya datang pada malam ini pada malam ini bukan nak baca cerita-cerita dongeng ‘fairy tales… once upon a time’. Saya datang  malam ini bukan nak baca Hikayat Merong Mahawangsa, Malim Deman, bukan.

“Saya datang malam ini untuk membaca fakta-fakta penting yang boleh kita pegang; yang boleh kita bertanggungjawab bahawa kita ada tokoh. Kita ada mereka yang telah buktikan mereka amanah, jujur; mereka boleh mengambil alih Putrajaya,” kata Salahuddin.

Beliau melontarkan contoh kezuhudan Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menjadi magnet untuk menarik rakyat mengundi Pakatan Rakyat mendapat undi popular 52 peratus dalam pilihanraya umum 2013.

Katanya, almarhum ialah contoh pemimpin pakatan yang telah pulang kerahmatullah tetapi mempunyai akhlak dan integriti seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Bagaimanapun yang agak mengkagetkan ialah apabila Salahuddin menamakan antara tokoh yang boleh memimpin Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya ialah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

“Beliau adalah contoh mewakili orang bukan Islam. Orang Cina yang baik yang ada integriti yang bila rakyat memberi peluang ke Putrajaya,  kalau kita ada tokoh seperti ini kita boleh menyelamatkan negara untuk orang-orang Malaysia,” kata Salahuddin.

Yang agak mengkagumkan ialah apabila menghamburkan pujian pada Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Salahuddin  memang menyedari Guan Eng ada duduk di kerusi di belakangnya menanti giliran untuk berceramah.

Sesungguhnya imej DAP kini memang sudah banyak berubah. Perubahan ini berlaku hasil usaha dan kempen Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjenama semula DAP dari sebuah parti cauvinis kepada parti nasional.

Sesungguhnya, tekad Anwar membela DAP itu memang jelas selepas beliau dipecat dari Umno dan keluar penjara pada 2004. Sebelum itu Anwar ialah panglima Umno yang petah dan fasih mensudutkan DAP sebagai cauvinis.

Lencun dan la’eh imej politik DAP dibalunnya di luar dan dalam Dewan Rakyat.

Kini Anwar berehat di penjara Sungai Buloh. Namun usaha “memurnikan” perjuangan DAP itu disambung pula oleh bekas ahli-ahli PAS yang kini membentuk Amanah seperti Salahuddin.

Persoalannya, jika benar Amanah belum “ambil kisah menyusun strategi pilihanraya umumnya” kerana mengutamakan perjuangan membela rakyat dan bukan mempromosi kepentingan diri, mengapa Lim Guan Eng diangkat menjadi idola?

Bagaimana dengan Ketua Pembangkang dan seharusnya pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR? Apakah beliau tidak layak menjadi idola Pakatan Harapan?

Sebelum menutup pidatonya, Salahuddin mengumumkan bahawa kakitangan Amanah akan mengedarkan tabung derma untuk menyokong perjuangan parti itu dan tidak mahu dicap “Gua Eng menjadi penaja Amanah”.

Setiausaha Agung DAP yang bersedia hendak bangun memberi ucapannya hanya tersenyum sinis. Dalam ceramahnya tiada sekalipun Salahuddin dan penceramah Amanah lain menyebut nama Anwar Ibrahim lagi . Guan Eng wira Amanah?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana