MENDIANG TAN SRI YUEN YUET LENG DISEMADIKAN DENGAN PENUH ISTIADAT KEPOLISAN

Kuala Lumpur , 3 Oktober - Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah hadir memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng di Xiao En Centre di sini, pagi tadi.

Beliau yang mewakili pucuk pimpinan PDRM telah bersama-sama seluruh warga PDRM yang lain mengucapkan terima kasih kepada keluarga mendiang kerana telah sudi berkongsi jasa dan budi seorang wira agung dalam pahit manis dunia kepolisan negara.

Acara kemuncak upacara penuh istiadat kepolisan di Nilai pula telah menyaksikan seluruh warga PDRM memberikan tabik hormat yang terakhir kepada mendiang kerana telah berkorban seluruh jiwa dan raganya mempertahankan kedaulatan negara.

Turut hadir di dalam majlis penghormatan itu ialah Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif bin Omar, Ketua Polis Negeri Sembilan Dato' Jaafar Mohd Yusof , Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana