MCA akui penentu kuasa ialah kaum Melayu bukan Cina…Biar Betul Ni MCA?

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong mengingatkan masyarakat Cina Jika mereka masih melihat diri sebagai penentu kuasa dan memberi undi sepenuh kepada pembangkang pada pilihan raya umum nanti, maka hasilnya komuniti Cina akan kekal dalam pembangkang.
"Untuk mengatakan bahawa masyarakat Cina adalah penentu kuasa merupakan penipuan diri sendiri semata-mata kerana penentu kuasa sentiasa merupakan kaum Melayu dan komuniti peribumi," katanya.

Justeru, Wee berkata UMNO, parti terbesar dalam Dewan Rakyat, akan kekal selepas pilihan raya umum akan datang.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA di Kuala Lumpur Sabtu beliau berharap masyarakat Cina memikirkan hal ini dengan teliti.

"Akhirnya, kita akan memiliki sebuah negara yang berpecah-belah dan komuniti Cina terpaksa mengorbankan kepentingan mereka," kata Wee.

Menurut Wee generasi muda perlu diingatkan supaya tidak taksub dengan DAP dan tidak mempercayai parti pembangkang itu yang sekutu dalam Pakatan Harapan sebenarnya boleh memberi harapan kepada rakyat.

Beliau berkata pembangkang telah membawa pelbagai slogan seperti 'ubah' bagi memikat hati rakyat.

"(Tetapi) pembangkang tidak dapat mengubah apa-apa kecuali membawa kepada situasi di mana orang Cina berada dalam pembangkang, menyebabkan keruntuhan kuasa politik Cina," katanya.

Menurutnya, komuniti Cina harus sedar bahawa tidak ada kemungkinan untuk mengubah kerajaan dengan ketiadaan sokongan daripada kaum Melayu dan komuniti peribumi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana