MB Perak ulas permohonan maaf Nizar pada PM

Siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir mempunyai sebab kuat meengulas isu permohonan maaf Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung isu fitnah Perdana Menteri.
Kata beliau “tindakan pemohonan maaf dibuat Nizar secara terbuka  pada fitnah lebih tiga tahun lalu itu membuktikan dirinya sebenar yang sering melemparkan tuduhan tidak berasas.”

Sekadar satu rekod, Dr.Zambry yang juga ADUN Pangkor sering “bertembung” dalam medan politik apabila Nizar memenangi kawasan DUN Pasir Panjang  dalam PRU ke12 dan dilantik menjadi Menteri Besar ke 10. Kedua-dua mereka adalah wakil rakyat dalam Parlimen Lumut.

Boleh dikatakan setiap sidang DUN semasa PR memerintah dan sehinggalah mereka kehilangan kuasa pada 2009, Dr.Zambry sering “berdepan” dengan Nizar didalam dewan.

Pelbagai perkara ditanya Nizar sehingga setengah soalan dimulakan dengan membuat dakwaan tidak tepat terlebih dahulu.

Apabila wakil-wakil rakyat BN membantah serta memintanya menarik balik tuduhan, beliau sekadar berkata “saya hanya bertanya soalan . . . .”

Tetapi pada pagi Rabu tembelangnya terbongkar apabila tindakan saman dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu “rampasan kuasa” oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak memihaknya.

Nizar disaman oleh Perdana Menteri berhubung dakwaan dalam satu ceramah di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.

Beliau, yang ketua Ketua Pembangkang, mendakwa  dimaklumkan  Perdana Menteri memanggil panglima Angkatan Tentera serta mengarahkannya melakukan sesuatu jika Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun hakim mahkamah sesyen Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajudin, kemudian melepas dan membebaskannya dari tuduhan itu selepas beliau membuat permohonan maaf terbuka kepada  Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya  menerima permohonan dari Nizar pada surat bertarikh 22 Oktober lalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Nizar memberitahu mahkamah "berdasarkan kenyataan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, saya menyedarinya ia tidak berasas.

"Sehubungan itu, saya memohon maaf kepada beliau," kata Nizar.

"Saya akan sentiasa berhati-hati dengan kenyataan saya dan ia tidak akan berlaku lagi,"mantan MB Perak itu memberi jaminan kepada mahkamah.

Mengulas lanjut isu sama, Dr.Zambry berkata “pemimpin pembangkang itu sering melemparkan pembohongan fitnah dan tuduhan yang juga dilihat menjadi amalan beliau dan kali ini pihak yang difitnah telah tampil mengambil tindakan”.

Katanya lagi, beliau sendiri  menjadi mangsa fitnah dan tuduhan daripada ucapan yang tidak bertanggunjawab namun tindakan yang dilakukannya adalah terusan menjawab kembali segala tuduhan tersebut.

“Ada tuduhan yang agak keterlaluan termasuklah tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri seolah-olah mencabar,” kata Menteri Besar lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana