Lelaki tampar Imam Masjid Negara dihantar ke Hospital Bahagia

Ingat tak lagi lelaki yang bikin gempar selepas menampak Imam masjid Negara ketika solat Jumaat baru-baru ini...?
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan lelaki warga India yang ditahan selepas menampar seorang imam ketika solat Jumaat di hantar Hospital Bahagia untuk menjalani penilaian psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Radziah Kamardin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 November.

Tertuduh, Shabir Ahmad Khan menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 323 dan 296 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan pada Imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan menganggu perhimpunan keagamaan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959 kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini.

Shabir mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

Pada 18 September, tertuduh ditahan selepas menampar imam dan cuba mengalih alih mengimamkan solat Jumaat di Masjid Negara.

Siasatan awal mendapati, Shabir mendakwa dia mendengar ‘suara halus’ yang mengarahnya mengambil alih menjadi imam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana