Leh Caya KEr Ni....Sebolehnya saya mahu kekal dalam PAS sehingga mati - Husam

SHAH ALAM: Datuk Husam Musa menegaskan dirinya tetap setia dengan PAS walaupun sebelum ini banyak dikaitkan dengan pelbagai spekulasi berhubung kecenderungan perjuangan politik beliau, khususnya selepas parti itu mengalami keretakan pasca muktamar, Jun lalu.

Penegasan tersebut sekaligus merupakan penafian Bekas Naib Presiden PAS itu susulan dirinya yang sebelum ini dikatakan cenderung kepada Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan yang ditubuhkan golongan progresif PAS yang kalah dalam pemilihan yang lalu.

"Saya ADUN Pas...ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya. Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya," katanya dipetik Sinar Harian, merujuk kepada perpecahan sedang berlaku dalam PAS.

Beliau bagaimanapun tidak menolak penubuhan Amanah, khususnya di Pantai Barat kerana ia mampu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.

"Sebolehnya saya mahu kekal dalam PAS sehingga mati," tegasnya lagi.    

Husam gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan Jun lalu dalam pertandingan yang melibatkan saingan enam calon itu.

Selain Husam, dua penyandang jawatan itu, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar turut tewas di tangan Dr Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Samad dalam perebutan jawatan berkenaan.

Mengulas kritikan beliau terhadap Kerajaan Kelantan, Husam berkata, tidak pernah ada niat atau berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan kerajaan negeri, sebaliknya teguran yang dibuat supaya pemimpinnya tidak lari dari perjuangan asal lebih-lebih lagi asas yang ditegakkan oleh bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Apa yang saya tegur ini adalah kerana saya yakin Islam, PAS parti yang demokratik mengizinkan bahkan mewajibkan menegur yang maaruf dan mencegah kemungkaran oleh siapa sahaja.

"Anggaplah secara positif ia boleh menguatkan PAS. Kalau PAS bertindak balas mengikut apa yang diajar oleh agama, iaitu kalau teguran itu benar, terima teguran. Jangan bila orang tegur, fitnah balik orang itu," kata bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Beliau berkata, setiap teguran merupakan perkara yang  masih boleh diperbaiki dan Kerajaan Kelantan mempunyai banyak masa sebelum PRU14.

"Kerajaan Kelantan boleh betulkan kekurangan pada teguran itu untuk menjadi kuat di mata orang ramai.

"Jika tidak ada orang tegur, perkara ini berlaku berleluasa dari semasa ke semasa, menjelang pilihan raya perkara ini didedahkan musuh, pada masa itu Pas tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Tinggal lagi orang akan tanya  kenapa (teguran) dibuat secara terbuka, banyak jawapan kepada soalan ini. Satu perkara pada asalnya dibuat secara tertutup tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya, mungkin saya orang yang kecil," katanya.

Husam berkata, perjuangannya dalam PAS bukan untuk mendapatkan jawatan, malah tidak menolak kemungkinan kali ini adalah penggal terakhir bergelar sebagai ADUN.

"Saya tidak kisah sekiranya lepas ini PAS tidak lagi mencalonkan saya kerana saya masuk perjuangan ini bukan kerana mahu menjadi pemimpin. Saya masuk kerana idealisme dan gagasan perjuangan.

"Siapa sahaja yang membawa gagasan itu, saya akan sokong. Siapa yang mengkhianati gagasan itu saya akan tegur, sehingga saya jadi orang biasa tidak ada apa-apa," katanya.

Sebelum ini, Husam mendedahkan beberapa dakwaan kepincangan dalam pengurusan Kerajaan Kelantan termasuk isu pembalakan luar kawasan di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan isu Kompleks Perkayuan Kelantan, anak syarikat kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana