K'jaan anugerah syarikat kroni projek RM8.2b?Macam lah Kerajaan PR Tak Bagi Kroninya...Auta Lebih Mamat Ni

KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa akan menganugerahkan kontrak bernilai RM8.2 bilion kepada  seorang tokoh perniagaan terkenal di Selangor bagi projek pembinaan hospital UiTM Puncak Alam yang kos sebenar hanya membabitkan jumlah RM599 juta.

Perkara itu didedahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat hari ini dan menuntut penjelasan daripada Kerajaan akan maklumat yang diterimanya itu.

"Adakah benar bahawa kerajaan akan menganugerahkan projek penswastaan hospital di UiTM Puncak Alam kepada syarikat ini?

"Kos adalah RM599 juta, tetapi melalui perjanjian penswastaan ​​konsesi ini, kerajaan telah membayar RM8.2 bilion

"Ini duit siapa, ini duit GST kita," katanya ketika membahaskan Bajet 2016, hari ini.

Rafizi turut mempersoalkan mengapa syarikat itu diberikan projek, sedangkan sebelum ini berdepan saman oleh pihak kontraktor dalam menyiapkan projek penswastaan kampus UiTM.

"Saya mendapat  maklumat bahawa salah satu pemegang konsesi milik tokoh perniagaan itu menghadapi masalah.

"Walaupun disaman, terdapat arahan daripada Kementerian Kewangan yang menuntut UiTM membayar ganti rugi itu," katanya.

Menurutnya, UiTM terpaksa menanggung kerugian bayaran sewa tahunan yang tinggi apabila kampus universiti itu diswastakan di enam kampus di seluruh negara

"Kerana itu kita tidak mempunyai wang yang cukup kerana menganugerahkan projek kepada kroni  melalui perjanjian yang berat sebelah masih lagi berterusan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana