Kesungguhannya....Bukti Keseriusan Kerajaan Sarawak Membendung Pembalakan Haram

Sepasukan pegawai penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya membongkar kegiatan pembalakan haram dengan bantuan aplikasi satelit Google Earth di Ulu Sungai Gemuan, Bintangor di sini kelmarin.

Jurucakap SFC berkata, pegawai penguat kuasa SFC dari Sibu dihantar ke Ulu Sungai Gemuan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kegiatan pembalakan haram di kawasan terbabit. Bagaimanapun katanya, cubaan pertama menjejaki kawasan pembalakan haram tersebut gagal kerana mereka tidak menemui lokasi yang dilaporkan.

“Orang awam yang membuat aduan itu kemudian memuat naik imej Google Earth bagi membantu menunjukkan kawasan yang dicari. Berpandukan imej dari pada Google Earth, kami akhirnya berjaya menemui lokasi pembalakan haram berkenaan,” katanya di sini semalam.

Ini merupakan satu bukti jelas bahawa kerajaan Negeri dibawah pemerintahan Tan Sri Adenan Satem begitu serius dalam menangani pembalakan haram di seluruh Negeri Sarawak.

Tindakan secara kosisten beliau kini dilihat berjaya mengurangkan kes-kes pembalakan haram yang berleluasa sebelum beliau menjadi Ketua Menteri sebelum ini. Ini menjadikan apa yang beliau janjikan sewaktu beliau dilantik selaku Ketua Menteri dikotakan dengan jayanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana