Keputusan PM Najib Fail Saman Liong Sik Hari Ini

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun akan bertemu Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi membincangkan sama ada untuk memfailkan saman terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Ia adalah berhubung penerbitan artikel yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan dana kerajaan.

Mohd Hafarizam berkata, jika terdapat arahan untuk memfailkan saman itu, pihaknya akan berbuat demikian (memfailkan saman) dan menyerahkan kepada Liong Sik atau peguamnya minggu ini.

Peguam itu berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Najib mengemukakan surat tuntutan kepada Liong Sik pada 9 Oktober lalu dengan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan, menuntut penarikan balik, permohonan maaf tanpa syarat dan ganti rugi munasabah berhubung perkataan fitnah dalam artikel itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana