Kamaruddin Ganti Rafizi Jawatan Setiausaha Agung PKR ?

Jawatan Setiausaha Agung PKR yang kini disandang Rafizi Ramli mungkin akan diganti dengan Datuk Kamaruddin Jaafar pada Ahad ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr Redzuan Othman kepada The Malaysian Insider.

“Saya rasa mereka tidak berpuas hati dengan cara Rafizi menguruskan parti,” katanya.

Portal itu melaporkan sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan di mana Rafizi didakwa merupakan mastermind di sebalik penubuhan gabungan pembangkang tanpa PAS 22 September lalu.

Lapor portal itu, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini.

“Pimpinan utama parti menerima mesej berbunyi ‘I want blood’ (saya mahukan darah) untuk menyelesaikan krisis ini,” kata seorang pemimpin kanan PKR kepada The Malaysian Insider yang tidak dinamakan.

Menurut sumber portal itu, selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

“Jika ini diluluskan oleh MPP, dalam pilihan raya umum akan datang, PKR tidak akan bertembung dengan PAS tetapi PAS bebas meletakkan calon di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh rakan PKR dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah),” kata sumber itu.

25 pemimpin PKR membuat petisyen mendesak MPP mengadakan mesyuarat khas ekoran pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa kehadiran PAS baru-baru ini.

Namun, menurut sumber, sehingga kini sekurang-kurangnya 7 anggota MPP yang menandatangani petisyen itu sudah menghubungi Wan Azizah untuk memohon maaf.

Sumber berkata, mesyuarat khas pada Ahad ini juga dijangka akan berlaku pertembungan kuasa di antara penyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokong Rafizi di samping menguji sejauh mana kesetiaan ahli MPP terhadap Dr Wan Azizah.

Difahamkan, pihak yang mahukan PAS menyertai gabungan baharu itu tidak berpuas hati dengan pengumuman Wan Azizah dan mendesak diadakan mesyuarat segera.

Desakan yang dibuat melalui petisyen menyebabkan mesej dihantar seolah-olah 25 anggota MPP daripada lebih 50 ahli melakukan undi tidak percaya kepada Wan Azizah.

Namun, Azmin enggan mengesahkan sejauhmanakah kebenaran khabar angin itu.

Walaupun tidak menjawab dengan jelas khabar angin mengenai Rafizi bakal dilucutkan sebagai setiausaha agung PKR, Azmin membuat penafian secara umum, lapor The Malaysian Insider.

Timbalan presiden PKR itu sebaliknya mengaitkan insiden yang berlaku kepada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang diambil tindakan berhubung postingnya di Facebook apabila mendakwa Raja Muda Selangor murtad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana