Kaki, jari putus digigit jerung

HAWAII - AMERIKA SYARIKAT . Seorang lelaki kehilangan jari dan kaki kiri selepas diserang seekor jerung ketika melakukan luncur air, Jumaat lepas.

Menurut Mirror, Collin Cook, 25, sedang duduk di atas papan luncurnya sambil menunggu ombak ketika diserang di Pulau Oahu.

Kaki kiri Cook dilaporkan putus dari aras lutut.

Mangsa kemudian berjaya berenang ke pantai dan dibawa ke hospital untuk dirawat.

Bagaimanapun, doktor terpaksa memotong paha kiri Cook kerana bahagian tersebut terlalu hancur untuk dirawat.

Difahamkan, jerung yang menyerang Cook adalah dari jenis jerung Harimau atau Galapagos yang mampu mencapai 10 hingga 12 kaki panjang.

Pantai di Pulau Oahu kini ditutup sehingga keadaan dipastikan benar-benar selamat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana