Jika UMNO & PAS Bergabung, Orang Melayu Dalam AMANAH Dan DAP Akan Menggelabah

Tahukah anda, jika UMNO dan PAS bergabung kerjasama dalam politik, para pemimpin Melayu di dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP pasti akan mengelabah kerana perkara yang pada minda mereka mustahil berlaku boleh berlaku.

Bagi bekas pemimpin PAS yang berada dalam AMANAH, mereka yang paling berada dalam dilema kerana tergoda dan terpedaya dengan kata-kata manis DAP mereka akan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menawan Putrajaya.

Putrajaya entah ke mana, tetapi dua parti bangsa mereka sendiri pula tiba-tiba bersatu. DAP pada masa itu juga akan goyah kerana pada mereka PAS dan UMNO sudah berjaya dilagakan sehingga tidak boleh bergabung tetapi ia sama sekali tidak benar.

Ketika ini, petanda laluan ke arah itu sudah pun terbuka apabila bekas Timbalan Presiden PAS yang masih ahli PAS Nasharuddin Mat Isa telah dilantik untuk menjadi CEO sebuah NGO Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) berkuatkuasa 1 November depan.

Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media di Parlimen semalam sudah secara terbuka berkata sedia bekerjasama dengan UMNO dan BN untuk perkara yang baik dan mengutamakan rakyat.

Sejak bila agaknya BN tidak mengambil langkah yang tidak mengutamakan rakyat??

Pada ketika itu, akan dilihat AMANAH akan menjadi kucar-kacir dan beberapa pemimpin yang tidak teguh pendirian dan masih sayangkan Melayu akan keluar dari DAP sedikit demi sedikit.

Dalam politik, apa sahaja tidak mustahil.

Harus diingat, DAP dan puak pakatan mereka tidak akan memberikan ruang mudah untuk perkara itu berlaku dan menjadi kenyataan.

BN dan UMNO yang sudah berpecah ini pun mungkin akan disiat-siat lagi oleh DAP dengan pelbagai hasutan dan ugutan demi terus memastikan bangsa Melayu berpecah.

Pelantikan Nasharuddin hari ini dianggap penganalisis politik sebagai satu petanda baru ke arah penyatuan bangsa Melayu yang sudah dinantikan sebegitu lama antara PAS dan UMNO.

Kita bukan tak tahu, parti AMANAH itu merupakan pemimpin Melayu yang serpihan dari PAS yang kalah dalam pemilihan parti dan merajuk kerana tidak mendapat tempat dalam parti.

Mereka umpama “kelekatu yang terpedaya dek sinaran lampu neon” yang kelak akan mati kerana kepanasan lampu berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana