Jerubu…ibarat menunggu kucing bertanduk

Sampai bila? Ini yang terus menjadi tandatanya semua orang baik di Malaysia,Singapura…juga di kawasan-kawasan yang teruk dilanda jerubu di Indonesia sendiri.

Pagi Sabtu ketika kita sudah melangkah masuk tiga hari dalam bulan Oktober belum ada tanda masalah alam sekitar yang menyesakan nafas ini – yang berpunca dari pembakaran hutan di Indonesia akan kunjung padam.

Sebelum ini ada laporan yang kata masalah jerubu akan selesai hujung September atau awal Oktober.
Bukan makin surut malah cacatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 12 kawasan merekodkan bacaan tidak sihat setakat 9 pagi Sabtu berbanding empat kawasan yang dicatatkan pada 9 malam pada Jumaat.

Kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat didahului Nilai (134) yang mencatat bacaan IPU tertinggi, diikuti Seremban (130), kedua-duanya di Negeri Sembilan; Pelabuhan Klang, Selangor (128); Shah Alam, Selangor (120); Bukit Rambai, Melaka (119) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (117).

Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 117; Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 108 serta Pasir Gudang di Johor 107 dan Port Dickson di Negeri Sembilan 106.

Sejumlah 28 kawasan pagi ini mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Cheras (96) diikuti Larkin Lama dan Kota Tinggi, Johor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 95 dan 89; Kuala Selangor (83), Muar, Johor (83); Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (81).

Sementara itu, 13 kawasan mencatatkan IPU sihat antaranya Sarikei, Sarawak mencatatkan bacaan 50; Sandakan, Sabah (47); Sibu, Sarawak dan Sekolah Menengah Tanjung Chat, Kota Baharu, Kelantan masing-masing mencatatkan bacaan IPU (45); Miri, Sarawak (43) dan Keningau di Sabah (39).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).Apa yang membuat semua orang bingung mengenangkan jerubu ini bukanlah satu bencana alam seperti banjir,rebut taufan,tsunami,gempa bumi dan sebagainya yang tidak dapat dikawal manusia.

 Jerubu ialah bencana buatan manusia.Ia sudah berulang-ulang berlaku sejak bertahun-tahun kebelakangan ini.Bayangkan kesan kesihatan pada manusia,sekolah terpaksa ditutup,penerbangan tergendala,ekonomi terjejas dan mood orang terus ditahap ‘menyinga’ melihat persekitaran yang putih kelabu sepanjang masa.

Berbagai kenyataan sudah dibuat..janji sudah janji namun pihak Indonesia terus menerus tidak dapat mengawal bencana buatan manusia yang bermusim ini.Ramai yang merasa satu pendirian tegas oleh semua kerajaan – khususnya Indonesia harus diambil dalam isu ini.

Kalau orang boleh naik ke bulan…mustahil bencana rentas sempadan ini tidak ada jalan untuk kawal.
Apakah semua orang kena tunggu sampai kucing bertanduk dalam bab ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana