JASA : Muhyiddin Berbohong Isu 1MDB

KUALA LUMPUR 28 Okt - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai 1MDB dalam sesi dialog di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, antara pembohongan yang dibuat oleh Muhyiddin adalah mengenai dakwaan kononya Presiden 1MDB Arul Kanda hanya bercakap kepada kabinet selama 10 hingga 15 minit tanpa membawa sebarang kertas pembentangan.

“Fakta sebenar adalah, Arul telah diminta membentangkan mengenai penilaian strategik termasuk soal penjualan aset dan pembayaran semula hutang.

“Selepas pembentangan Arul, terdapat banyak soal jawab dan mengambil masa sekitar 45 minit,” katanya di laman Facebooknya.

Tun Faisal menambah, Muhyiddin juga telah berbohong mengenai suntikan RM950 juta kepada 1MDB.

Katanya, Muhyiddin telah menyelewengkan fakta itu kerana Kabinet tidak pernah meluluskannnya.

“Yang dipersetujui Kabinet adalah untuk menyediakan ‘standby credit’, iaitu satu bentuk pinjaman jangka pendek yang berbeza sama sekali dengan suntikan modal.

“Agak memalukan apabila Muhyiddin tidak boleh membezakan di antara ‘capital injection’ dan ‘standby credit’,” jelasnya.

Tun Faisal berkata kenyataan tidak benar mengenai 1MDB itu menyerlahkan sikap buruk Muhyiddin dalam berpolitik.

“Bukan sahaja dia seorang yang banyak berbohong tetapi juga seorang yang ibarat ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’ kerana di hadapan cakap lain di belakang cakap lain.

“Mungkin Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri-menteri boleh menjelaskan adakah Muhyiddin benar-benar berani bersuara dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi atau Muhyiddin tidak berani bercakap dalam mesyuarat, hanya berani bercakap bila yang lain tiada?,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana