Jangan Nak Pelawak LAh.....Pakatan Harapan ditubuhkan demi rakyat, kata Rafizi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu kepentingan rakyat adalah hujah utama mengapa Pakatan Harapan ditubuhkan meskipun ada pihak menganggapnya dilakukan secara tergesa-gesa.

Walaupun mengakui wujud pandangan beberapa pihak di dalam PKR tidak bersetuju cara Pakatan itu dilancarkan begitu pantas, namun ujar Rafizi, ia wajar demi menyelamatkan rakyat daripada ketidakadilan Umno-Barisan Nasional.

"Di dalam PKR sendiri ada perbezaan pendapat dan saya hormati. Ada yang bertanya kenapa cepat sangat nak umum Pakatan Harapan dan tidak beri lebih masa kepada PAS untuk bersama dan ada juga yang bertanya kenapa bersetuju dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak sampai pun tiga bulan penubuhannya?

"Kenapa umum cepat? Saya sokong 100 peratus sebab rakyat sudah tidak tahan. Ahli-ahli politik mungkin rasa mereka ada banyak masa untuk berbincang, berfikir...

"Tetapi rakyat yang menanggung masalah matawang jatuh, GST, harga barangan yang mahal dan tak tahan tengok muka Rosmah dan Najib," katanya di hadapan kira-kira 50 peserta Ceramah Pakatan dan Harapan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Seraya, malam tadi.

Pakatan Harapan diwujudkan pada 22 September lalu dengan penglibatan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur pada Julai lalu.

Gabungan pembangkang yang lama itu menemui titik noktahnya selepas PAS dan DAP sering bertelagah dalam isu-isu kesepakatan bersama di dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya soal pelaksanaan hudud di Kelantan.

PAS bagaimanapun tidak turut serta dalam Pakatan Harapan kerana enggan bekerjasama dengan 'pengkhianat' Amanah dan serik dengan pengalaman bersama DAP.

Rafizi dalam pada itu menolak persepsi bahawa Pakatan Harapan menutup pintu perbincangan dengan PAS untuk bersama dalam gabungan itu.

"Kita perlu berbincang dengan PAS. Ada orang kata saya lebih rapat dengan DAP dan PKR dan tidak rapat dengan PAS.

"Tetapi mereka tidak tahu yang saya juga pernah bergaduh dengan Lim Guan Eng. Maknanya di masa kita berbeza pendapat, kita berbezalah.

"Tetapi apabila perlu berbincang mencari jalan penyelesaian dan apabila kita meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, maka kita boleh berbincang tanpa mengira perbezaan kita," tegas Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Penubuhan Pakatan Harapan bagaimanapun mewujudkan polemik politik baru, terutamanya di Selangor yang masih menyaksikan kerjasama PKR, DAP dan PAS.

Beberapa pemimpin mendakwa penubuhan gabungan politik itu tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana