Jangan Mimpilah Parti Ini Nak Menang,Orang Cina DAP Saja Yang Menyokongnya......Amanah lulus sebagai nama baru parti Geng Mat Sabu

Kumpulan dan penyokong bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kini berbangga selepas berjaya menukar nama Parti Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara.
Menurut Mat Sabu, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan mereka.

"Kami baru sahaja menerima berita baik hari ini. Oleh itu, kini secara rasminya PAN (Amanah) adalah sebuah parti rasmi," kata Mohamad atau Mat Sabu, dalam satu sidang media bersama Ketua Menteri Pulau pinang lim Guan Eng di Komtar sebentar tadi.

Amanah sebelum ini membentuk parti politik dengan menjenamakan semula Parti Pekerja Malaysia yang sudah tidak aktif.  

Beliau juga yakin bahawa RoS juga akan meluluskan permohonan Amanah untuk menggantikan gelaran 'Pengerusi' dengan gelaran 'presiden'.

Parti itu dilancarkan pada 16 September lalu dengan mendakwa telah mempunyai 30,000 ahli dan jumlah itu dijangka mencecah 100,000 menjelang penghujung tahun ini.

Selain Mat Sabu, Amanah ditunjangi beberapa bekas pemimpin kanan PAS yang kalah dalam pemilihan parti awal Jun lalu.

Antaranya Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan itu diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 Sept lepas.

"Kelulusan yang diberikan ini antara lain merangkumi pindaan nama pertubuhan tersebut daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (Amanah), pertukaran alamat daftarnya serta pindaan perlembagaannya," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Beliau berkata melalui kongres luar biasa itu parti berkenaan telah melantik jawatankuasa baharu iaitu Mohamad Sabu sebagai Pengerusi dan Salahudin Ayub sebagai Timbalan Pengerusi.

Anggota jawatankuasa lain ialah Mujahid Yusuf (Naib Pengerusi 1), Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Pengerusi 2), Mohd Anuar Mohd Tahir (Setiausaha Agung), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Penolong Setiausaha), Asmuni Awi (Bendahari Agung) dan Suhaizan Kaiat (Setiausaha Organisasi).

Mohammad Razin berkata parti itu turut melantik 13 anggota jawatankuasa lain dan dua juruaudit.

Pada 31 Ogos lepas, Mohamad yang merupakan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik GHB.

Bagaimanapun, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama belum diluluskan.

GHB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana