ISU MAIPP: Kenapa PKR tak boleh tunggu tempoh sepenggal Salleh Man tamat? Soal PAS P. Pinang

KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menegaskan sayap PKR negeri sepatutnya menghormati kedudukan Datuk Mohd Salleh Man dan menyerahkan kuasa lantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam (MAIPP) kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Fauzi Yusof, jawatan YDP MAIPP adalah di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bukan kerajaan negeri.

"Kita kena lihat sejarah Pulau Pinang ini, dulu pun semasa peralihan kerajaan dulu Datuk Shahbudin Yahaya daripada Umno pegang sampai habis tempoh.

"Takkan PAS tak boleh tunggu sampai habis tempoh? Jadi apa motif atau moral mereka sebagai AMK dan Wanita itu? Mereka faham atau tidak? Ataupun sengaja buat-buat tak faham pelantikan tiu di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Antarapos.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan penegasan itu dibuat kerana bimbang kedudukan PKR dalam Pakatan Harapan.

"Kita tak tahu sama ada mereka rasa tergugat dengan persaingan komponen dalam Pakatan Harapan ini.

"Sampaikan mereka mendesak Datuk Salleh Man melepaskan jawatan," katanya.

Awal minggu in Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak dan Ketua Wanita PKR Nur Zarina Zakaria mendesak Mohd Salleh yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri mengosongkan kerusi jawatan YDP MAIPP.

Asrol Sani berkata, desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri itu seperti yang diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Manakala Nur Zarina pula berkata, jawatan YDP MAIPP itu wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar dengan 10 ADUN di negeri itu.

Ujar Mohd Fauzi lagi, kenyataan dua sayap PKR itu tidak selari dan bertentangan dengan pendirian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini.

"Kita lihat sendiri bagaimana kenyataan mereka ini tidak senada dengan PKR pusat seperi mana yang dinafikan Datuk Seri Wan Azizah.

"Adakah AMK dan Wanita PKR dibayangi oleh DAP Pulau Pinang? Apakah mereka mendapat desakan untuk mendesak supaya meletakkan jawatan? Kita nampak penafian dibuat oleh PKR pusat," katanya.

Untuk rekod, Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana