Inilah Bahayanya.....Jangan jadi ‘anai-anai’ hancurkan parti UMNO

Siasatan sedang dijalankan terhadap tujuh pemimpin UMNO yang dipantau dan satu kenyataan secara rasmi akan dikeluarkan.

Namun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak menjelaskan secara spesifik tentang jangka masa siasatan itu selesai.

“Penyiasatan sedang dijalankan, kita tunggu untuk sementara apa hasil siasatan yang akan dikenakan terhadap 7 pemimpin UMNO itu.

“Saya tidak akan menamakan 7 orang tersebut, tapi 7 orang itu mesti tahu siapa di antara mereka berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Rabu.

Terdahulu, Tengku Adnan mendedahkan bahawa tujuh pemimpin UMNO sedang dipantau dengan kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

Namun ketika pendedahan itu dibuat, beliau tidak menjelaskan siapa atau mengapa mereka dipantau, tetapi kenyataan itu dibuat ketika menjawab soalan mengenai sama ada parti Melayu itu akan mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Turut ditanya adakah Dr. Mahathir antara tujuh orang pemimpin UMNO yang sedang dipantau, beliau enggan mengulas secara terperinci.

“Saya tak nak komen sebab ini dibawah jawatankuasa awak boleh jawab sendiri,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan berkata mana-mana pemimpin UMNO yang tidak lagi percaya dengan kekuatan parti perlu meninggalkan UMNO kerana tidak mahu ada individu yang menjadi gunting dalam lipatan untuk menghancurkan kekuatan parti.

“Kalau tak percaya dengan parti, tinggalkan parti, kita tak nak ada orang jadi anai-anai atau gunting dalam lipatan, duri dalam daging dalam parti,” ujarnya.

Antara yang disebut-sebut adalah Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas ketua Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz.

Ini kerana mereka antara yang lantang mengkritik kelemahan pentadbiran Najib.
Ia termasuklah kenyataan mereka mengenai dakwaan skandal kewangan 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana