Imam Masjid Al-Aqsa Kagum Keberanian Najib Bela Palestin di PBB


KUALA LUMPUR 9 Okt - Tidak ramai pemimpin negara Islam yang berani menghentam Israel ketika berucap di atas pentas dunia seperti Persidangan Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Israel kerana tidak adil pada Palestin menyebabkan ia dikagumi  Imam Masjid Al-Aqsa, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi.

Ali Omar dan rombongannya hadir sendiri ke kediaman Najib di Seri Perdana Putrajaya malam tadi bagi menyatakan penghargaan dan mengucapkan terima kasih terhadap beliau.

Dalam pertemuan itu, Ali Omar merakamkan penghargaan atas perjuangan perdana menteri membela nasib Palestin dan Masjid Al-Aqsa selama ini termasuk ketika berucap di PBB baru-baru ini.

Katanya, tidak ramai pemimpin Islam yang berani membangkitkan isu Palestin dan mengutuk penindasan Israel secara terbuka seperti yang diperjuangkan oleh Najib.

Imam Masjid Al-Aqsa itu turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Najib sendiri agar mampu berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus memimpin negara ini.

Perdana Menteri dan tetamu kemudian bersama-sama mengerjakan solat Maghrib, solat Isyak serta solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Palestin yang diimamkan oleh Ali Omar.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Imam Besar Masjid Negara. Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana