Himpunan Selamatkan Al-Quds Gabung UMNO, PAS Dan NGO

KUALA LUMPUR 30 Sept - Gabungan 40 NGO Malaysia hari ini merancang untuk mengadakan Himpunan Selamatkan Al-Quds bagi menyatakan bantahan dan kemarahan umat Islam terhadap percubaan tentera Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahman berkata, himpunan sempena Hari Kemarahan itu bakal diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, pada Jumaat ini.

"Himpunan Selamatkan Al-Quds di bawah kendalian Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

"Himpunan ini juga bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Amerika di atas pencerobohan Al-Quds oleh regim Zionis Israel di Baitulmaqdis," katanya pada sidang media di Yayasan Hidayah, di sini, hari ini.

Hadir sama, wakil-wakil parti politik, antaranya Pemuda Umno Malaysia, Lajnah Antarabangsa Pas Pusat dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, parti politik Hamas meminta Malaysia memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan tentera Israel khususnya pendudukan haram di Baitulmaqdis khususnya di Al-Aqsa.

Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal berkata, tindakan regim Zionis itu kini semakin membahayakan Masjid Al-Aqsa apabila cubaan untuk membahagikan tempat ibadat umat Islam itu dengan mengenakan “de facto” baharu.

Mengulas lanjut, Mohamad Raimi juga berkata, Masjid Al-Aqsa hari ini mengalami pencabulan apabila regim Israel cuba mengenakan pembahagian Al-Aqsa dari sudut masa dan ruang ibadat.

"Penafian hak oleh Zionis Israel ini tidak pernah berlaku sebelum ini di mana orang Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa pada masa-masa tertentu untuk memberi akses kepada proses pengyahudian Israel di Masjid Al-Aqsa," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana