Himpunan Hijau 60K: Harapan Pakatan Harapan Terhadap PAS.

Tiada angin, tiada ribut, hanyalah jerebu, tiba-tiba Wan Azizah dan Salehuddin Ayub membuat kenyataan berkenaan satu lagi siri himpunan yang bakal mewarnai dunia politik Malaysia; Himpunan Hijau.

Menurut laporan, sehingga kini pihak Pakatan Harapan masih belum menerima sebarang jemputan untuk sertai perhimpunan tersebut.

Himpunan Hijau, juga dikenali sebagai Himpunan 6oK (H60K) atau Himpunan Fastaqim adalah manifestasi PAS dalam menzahirkan kekuatan mereka kepada pihak lawan terutamanya ke atas Amanah dan mentornya, DAP. Himpunan tersebut bakal diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan pada Sabtu 17 Oktober 2015 nanti.

Aneh, kerana kenyataan oleh kedua-dua wakil Pakatan ini seolah-oleh memberi signal, agar PAS mempertimbangkan “kehadiran” Pakatan Harapan pada himpunan berkenaan.

Walhal, menurut laporan sebuah akhbar sebelum ini, Sallehuddin Ayub dilaporkan memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan lebih mudah dibentuk tanpa kehadiran PAS.

Mengapa tiba-tiba “mengidam” dan termimpi akan Himpunan Hijau anjuran PAS?

Apabila Bersih 4.0 berakhir, seluruh masyarakat bersetuju bahawa penurunan yang drastik dari pendemo-pendemo berbangsa Melayu setelah PAS bertegas untuk tidak mengerahkan jenteranya turut serta. Yang ada, hanya 2 orang wakil parti. Secara tidak langsung, ia memberi gambaran bahawa selama ini, PAS adalah penyumbang “keldai” terbesar kepada DAP dan PKR dalam siri-siri demonstrasi anjuran pro pembangkang.

Lain pula kisahnya dengan DAP, apabila sejumlah yang hadir jelas mewakili kesepetan mata mereka. Maka, kini cabaran adalah di bahu Wan Azizah dan Sallehuddin Ayub, dalam usaha untuk menarik sokongan kaum Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Pasti DAP telah memberikan tekanan dalam mencapai matlamat sokongan, yang akhirnya membuatkan kedua-dua pimimpin pembangkang itu menebalkan muka, dan menghulurkan “tali silaturrahmi” demi laba politik mereka.

Hangusnya harapan Pakatan Harapan, sehangus jin ifrit yang terbakar kerna diruqyahkan dengan Ayatul Qursi, apabila himpunan hijau itu nanti berjaya menghimpunan seramai mungkin pendemo, sekaligus memberi pembuktian bahawa benarlah PAS yang selama ini menyumbang khalayak. Ia membawa arti, sesungguhnya tiada lagi kebutuhan untuk bersama Pakatan Harapan.

Sedang saat itu bakal dinikmati oleh PAS, sebaliknya ia membawa harapan kecewa Pakatan Harapan, patah harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana