Henti bantuan sekolah agama, PAS tuntut penjelasan kerajaan Pulau Pinang

SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwa menghentikan bantuan sekolah agama rakyat milik parti itu.

Ketua Penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata penjelasan harus diberikan kerana beberapa sekolah bantuan agama rakyat berkenaan adalah milik persendirian ahli-ahli PAS.

"Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan.

"Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, tindakan berkenaan memberi mesej seolah-olah kerajaan negeri yang diterajui DAP dan PKR itu cuba bertindak zalim terhadap pihak yang berlainan ideologi politik dengan mereka.

"Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik," tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana