Gelanggang dibuka... Arul Kanda terima cabaran debat live dengan Tony Pua

Mana mahu lari... Presiden dan CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menerima cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk muncul pada debat secara langsung di kaca TV untuk  menjawab segala dakwaan terhadap syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

"YB Tony Pua mencabar saya pagi ini untuk satu siaran langsung 'talk show', dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan tidak sabar untuk menjawab soalan beliau," kata Arul dalam satu kenyataan Khamis.

Bagaimanapun, Arul meletakkan syarat yang Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

"Umum mengetahui Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.

Ini berlaku selepas Tony Pua, memperlekehkan Arul dengan mendakwa beliau  "mengitar semula" jawapan semasa temubual di Bernama TV pada Rabu.

Tony Pua berkata, beliau akan menjadi host debat itu dan akan memberikan Arul "setiap peluang dan masa sebanyak dia suka untuk menjawab soalan-soalan ini".

"Bagaimanapun, saya, seperti biasa, sanggup dibuktikan salah," katanya.

"Malah, saya tidak akan berdendam jika dia berjaya memalukan saya dengan menunjukkan bukti yang menyangkal dakwaan saya.

"Persoalannya ialah, dia akan mempunyai keberanian untuk menerima cabaran itu?" katanya.

Dalam satu jawapan segera, Arul bersetuju untuk cabaran.

"Saya dengan ini menerima cabaran beliau dan berharap untuk menjawab soalan-soalan tersebut," kata beliau.

"Bagaimanapun untuk berbuat demikian, YB Tony Pua tidak boleh menjadi hakim, juri dan algojo.

"Oleh itu, saya percaya beliau akan mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC dalam usaha kita untuk, meminjam kata-katanya sendiri, mengadakan perbincangan secara terbuka tanpa berselindung secara langsung di kaca televisyen."katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana