Fitnah: Nizar Jamaluddin dibebas mahkamah lepas minta maaf pada PM

Ingat balik... dakwaan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin konon beliau dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan panggil Jeneral-Jeneral ATM untuk buat sesuatu jika BN kalah pilihanraya.

Dakwaan itu dibuatnya dalam satu ucapan semasa ceramah at Taman Desa Pakatan di Ipoh pada malam 23 April 2012.

Pada 25 Ogos 2014 beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana memfitnah Perdana Menteri dalam ucapannya di ceramah itu antara jam 9.00 malam sehingga jam 12.00 tengah malam.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dikenakan denda.

Pagi Rabu,beliau dibebaskan oleh mahkamah di Ipoh selepas memohon maaf kepada Perdana Menteri.

Permohonan maaf itu dibuat secara terbuka di mahkamah.

Sebelum itu kes Nizar ini agak menarik kerana ia jadi sudah lama dan ramai yang menunggu bilakah beliau hendak dihadapkan kemuka pengadilan untuk dibicarakan ataupun jadi seperti banyak kes yang hilang begitu sahaja.

Isu ini menjadi panas apabila beliau dibidas oleh para pemimpin BN termasuk Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir.                    

Semasa di hadapkan di mahkamah ADUN PAS Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 26 September 2014, beliau diikat jamin RM4,000 serta seorang penjamin.

Untuk rekod Nizar pada 2012 dipetik berkata: "Saya juga dikhabarkan Najib baru-baru ini panggil kesemua pemimpin-pemimpin angkatan tentera, semua pegawai kanan angkatan tentera daripada darat ke, daripada laut ke, dan daripada udaranya. Najib bertanyakan pada mereka seandainya Barisan Nasional tumbang maka buatlah sesuatu.

"Saudara-saudara apa kata ketua-ketua angkatan tentera mereka juga terbuka mereka belajar berkenaan apa yang berlaku di Timur Tengah, maka mereka beritahu Najib kami akan menyebelahi rakyat, itu jawapan tentera.

"Maknanya kalau rakyat menolak Barisan Nasional memilih Pakatan Rakyat ke Putrajaya maka tentera-tentera akan bersama dengan rakyat menyebabkan Najib menjadi pucat lesi sepucat-pucatnya, Najib ingat tentera ini boleh dimain".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana