Desakan Pro-PAS dalam PKR... mesyuarat tergempar

PKR dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad depan selepas sekumpulan pro-PAS menggesa diadakan perbincangan mengenai penubuhan gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan.
Majlis tertinggi PKR dijangka bertemu pada 11 Oktober, setiausaha agung Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata sambil mengesahkan 25 ahli menandatangani petisyen berkenaan kepada presiden, lapor portal berita FMT.

Tiada maklumat lanjut mengenai pencetus petisyen itu tetapi Rafizi berkata beliau percaya mesyuarat berkenaan akan mempersoalkan masa pengumuman penubuhan pakatan baru itu dibuat dan bukannya keperluan untuk mewujudkan pakatan baru.

Pengeluar petisyen itu mahu penubuhan Pakatan Harapan ditangguhkan bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan dengan PAS yang diketepikan daripada pakatan baru berkenaan.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan parti pembangkang baru, Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan oleh serpihan PAS. Penubuhan Pakatan Harapan diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 September selepas mesyuarat meja bulat terdiri tiga parti pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan politik.

PAS menolak bekerjasama dengan DAP dan Amanah selepas tercetus pertelingkahan di antaranya dengan DAP.

Bagaimanapun, PAS mengekalkan perhubungannya dengan PKR, terutama dalam kerajaan pakatan di Selangor.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, PAS masih anggota Pakatan Rakyat walaupun DAP sudah mengumumkan pakatan itu sudah berkubur selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS untuk menguatkuasakan hudud di Kelantan.

Rafizi mengesahkan PKR berpecah dua berhubung penubuhan Pakatan Harapan dengan satu pihak mahu ia dilancarkan serta-merta dan satu pihak lagi mahu ia ditangguhkan bagi membolehkan perbincangan dengan PAS diteruskan.

PAS sudah menyatakan dengan jelas ia tidak akan menyertai pakatan baru yang membabitkan DAP dan Amanah.

Petisyen kepada presiden parti itu bertarikh 22 September, hari yang sama mesyuarat meja bulat berkenaan diadakan.

Ia menyatakan pelancaran Pakatan Harapan berlawanan dengan keputusan PKR dua hari sebelum itu.

Katanya, perbincangan meja bulat itu sepatutnya hanya perbincangan awal.

Bagaimanapun, adalah dipercayai majlis tertinggi PKR sudah memberi mandat kepada Wan Azizah untuk membuat keputusan mengenai penubuhan pakatan baru itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana