Datuk KJ ganti Rafizi... pengumuman dijangka malam ini

Mesyuarat PKR yang dijadualkan malam Ahad pasti menjadi tumpuan selepas tersebar desas-desus rombakan dalam sturuktur kepimpinan parti tersebut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemimpin lebih senior memainkan peranan utama dalam parti.
Nama yang disebut-sebut terlibat dalam rombokan itu adalah bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai PKR pada September lalu disebut-sebut bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.

Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran Datuk KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.

Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan Datuk KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.

Memetik laporan portal yang mempunyai kaitan dengan pemimpin kanan PKR, Malaysia-Chronicle, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.

Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.

Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.

Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.

Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.

Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana