Datuk Keramat: Bina rumah mampu milik, bukan kondominium mewah - Johari

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan tidak seharusnya menggunakan alasan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) sebagai faktor yang membolehkan pembinaan kondominium mewah di Kampung Datuk Keramat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga perlu menjamin pembinaan Rumawip jika tanah itu dijual kepada mana-mana pemaju perumahan.

"Sewaktu UDA membeli tanah DBKL di Kampung Baru dengan harga RM38 juta dalam keluasan sekitar 2 ekar, UDA terpaksa menjual kesemua unit-unit ini hanya kepada orang Melayu.

"Ini bagi mengelakkan orang bukan Melayu membeli unit di Kampung Baru. Walaupun harga yang akan dijual bertaraf kondominium tetapi ianya hanya boleh dijual kepada orang Melayu.

"Jika tidak ada Melayu yang beli, UDA akan simpan unit-unit tersebut untuk disewakan. Jika tanah di Kampung Datuk Keramat itu dijual dengan harga yang sama pada UDA, esok juga UDA akan bina 100 peratus Rumahwip di tapak berkenaan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Ahad, Pengerusi Penganjur Perhimpunan Aman Himpunan NGO Penduduk Keramat, Norham Shazali mahu Kementerian Wilayah Persekutuan menarik balik cadangan pembinaan projek perumahan kondominium mewah di Kampung Datuk Keramat yang berharga hampir RM1 juta di lokasi berkenaan.

Tegasnya, pembinaan itu akan menafikan hasrat penduduk yang mahu Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau pembinaan Rumawip di sana.

Kira-kira 1,000 penduduk hadir pada perhimpunan aman berkenaan.

Dalam pada itu kata Johari, tapak berkenaan asalnya merupakan tapak setinggan yang dijanjikan DBKL untuk pembinaan rumah kos rendah atau PPR.

"Ianya terletak di sebelah masjid. Keluasan tanah juga kurang dari dua ekar. DBKL tidak pernah berbincang dengan saya selaku wakil rakyat.

"Saya telah dihubungi oleh ramai penduduk di kawasan Datuk Keramat yang membantah atas kegagalan DBKL menunaikan janji mereka. Alasan yang diberi kawasan ini adalah berstatus kawasan hijau.

"UMNO bahagian Titiwangsa tidak pernah menolak pembinaan Rumawip. Tetapi apa yang kami kesalkan Rumahwip ini hanyalah sebanyak 275 unit dan selebihnya unit-unit lain dijual pada harga RM750,000," jelasnya.

Tegas Johari lagi, pihaknya turut maklum tanah DBKL di Kampung Pandan juga telah diluluskan untuk pembinaan Rumawip sebanyak 2160 unit dengan harga RM300,000.

"Saya difahamkan lebih 50 peratus telah dijual pada bukan Melayu. Inilah yang menjadi kegusaran penduduk Datuk Keramat.

"Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, ini adalah salah satu janji yang pengundi minta saya tunaikan. Malangnya DBKL tidak pernah berbincang dengan saya sebelum menjual pada pemaju.

"Saya telah berbincang dengan Pengarah Bahagian Perumahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan peruntukan sebanyak RM80 juta telah dipohon untuk pembinaan rumah kos rendah sebanyak 500 unit di tapak tersebut," ujarnya.
Johari turut melahirkan rasa kesal kerana DBKL tidak pernah mengadakan perbincangan dengannya sebelum tanah itu dijual kepada pemaju dengan bayaran ansuran.

"Harganya saya kurang pasti tetapi saya telah memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui sistem pesanan WhatsApp tetapi masih tiada jawapan.

"Sementara itu, penduduk di Datuk Keramat marah kepada saya kerana gagal membawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Wilayah Persekutuan.

"DBKL kerap memberitahu penduduk bahawa kawasan ini adalah kawasan hijau dan sudah tentu bila tanah ini dijual pada pemaju ianya membuatkan penduduk bertambah marah.

"Saya menang semua lima peti undi di kawasan Datuk Keramat pada pilihan raya 2013. Sudah tentu tindakan mendiamkan diri oleh saya ini menyebabkan mereka bertambah marah," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana