DAP & Tony Pua jangan nak menyibuk di Kelantan Jaga Pulau Pinang, DAP mungkin akan kalah PRU14

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan cara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menilai pengundi PAS di Kelantan, dengan mengatakan PAS akan kehilangan sokongan di negeri itu.

“Adakah beliau (Tony Pua) pernah datang ke Kelantan? Macam mana dia menilai?

“Saya mahu menasihatkan Tony Pua dan DAP supaya memberi tumpuan menjaga Pulau Pinang, sebab kita bimbang DAP juga bakal tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, dengan perkembangan yang ada sekarang,” soalnya ketika ditemui selepas melawat Pondok Addiniah Sufian, dekat Gelang Mas, hari ini.

Mohd Amar percaya, orang Melayu tidak akan mengundi DAP seperti dahulu lagi, malah sebahagian orang Cina juga tidak akan menyokong DAP.

Katanya, sokongan orang Cina mungkin berkurangan, kerana DAP dilihat bersikap sombong serta suka mencampuri urusan parti lain.

“Ini sebenarnya memberi kesan kepada sokongan orang ramai pada Pilihan Raya akan datang.

“InsyaAllah, sokongan akan beralih kepada PAS, dengan masalah yang berlaku, termasuk di dalam Umno-BN sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pua yang mendakwa PAS kini kehilangan sokongan, termasuk di Kelantan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu pada Rabu mendakwa, tiada sebab untuk rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada PAS bagi menerajui kerajaan negeri itu lagi.

“Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi Pilihan Raya Umum tanpa PAS, kerana parti itu sendiri sudah kehilangan penyokong mereka.

“Walaupun di Kelantan, mereka hilang sokongan, berikutan kegagalan kerajaan negeri menangani masalah banjir di negeri itu.

“Ia seolah-olah tiada kerajaan di sana, ketika bencana itu berlaku,” kata Pua pada majlis makan malam amal Parti Amanah Negara (Amanah), semalam.

Jelasnya, persepsi PAS mampu menyalurkan undi kepada PH di Johor adalah silap.

“Mereka hilang deposit di Johor sudah banyak kali. Masyarakat Melayu di Johor tidak menerima PAS sebagai jenama politik dan agama.

“Dengan Amanah, mereka dapat pemimpin yang progresif dan boleh menerima masyarakat Melayu di banyak negeri yang sebelum ini merupakan pengundi Umno,” kata Pua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana