Caya lah KJ.....Golongan OKU Turut Meriahkan Hari Sukan Negara

SERDANG, 10 Okt - Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak terkecuali daripada sambutan Hari Sukan Negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata Hari Sukan Negara tidak akan lengkap sekiranya golongan itu dipinggirkan selain memberi peluang kepada mereka berintegrasi dengan masyarakat.

"Pada hari ini kita telah membuktikan sukan mempunyai daya tarikan bukan hanya untuk rakyat yang normal, tetapi juga golongan OKU.

Kita nak pastikan Hari Sukan ini betul-betul untuk semua.

"Dengan sukan integrasi, sedikit sebanyak kita dapat memahami cabaran yang dihadapi semua golongan baik OKU atau bukan OKU," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan Integrasi OKU di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Pada karnival yang turut dihadiri Penaung Majlis Paralimpik Malaysia Tun Jeanne Abdullah, Khairy turut meluangkan masa bermain bola keranjang di atas kerusi roda bersama atlet OKU.

Pelbagai acara seperti larian kerusi roda, pertandingan badminton, boccia, bola keranjang, futsal dan juga sesi pencarian bakat baharu OKU untuk mewakili negara ke kejohanan antarabangsa diadakan pada karnival itu yang bermula seawal 8 pagi itu.

Sementara itu, pengurus pasukan bola sepak CP kebangsaan, G. Rajendran berkata sebanyak 12 pemain OKU dipilih mewakili negara ke temasya Sukan Para ASEAN ke-8 di Singapura pada 3-9 Dis ini.

"Bagi tahun ini, kami menyasarkan pingat perak selepas memenangi gangsa di Myanmar tahun lalu. Penyertaan golongan OKU dalam acara sukan dapat memberikan kejayaan kepada masa depan mereka," kata bekas pemain itu kepada Bernama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana