Buruknya Perangai....Amanah rampas dua markas PAS di Johor...

 Sakit lagi kepala pemimpin PAS memikirkan kisah 'janda'nya yang dok tuntut harta sepencarian.
Dengan cerita serpihan PAS, parti Amanah siap peguam nak tuntut berbagai aset PAS termasuk markas parti tersebut.

Di Johor misalnya....PAS negeri itu mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada PAS sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.

“Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada PAS bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.

“Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar PAS akan ada orang yang menggantikan tugasnya,” katanya.

Sinar melaporkan beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu.

“Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk PAS walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak PAS.

“Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika PAS mempunyai peluang untuk menang,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad berkata harta waqaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan.

"Waqaf ialah berhenti,menahan, menghalang. Ertinya harta tersebut ditahan hak pewaqaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah" tegas beliau dalam catatan tersebut.

"Apabila waqaf khas seperti orang waqaf kepada PAS, maka ia milik PAS. Kalau orang waqaf untuk sekolah, maka ia hanya milik sekolah.” ujar beliau lagi yang juga merupakan ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Beliau juga turut memberikan amaran agar pihak terbabit jangan bermain dengan murka Allah s.w.t walaupun dari perundangan mungkin terlepas.

"Mungkin dari segi pentadbiran mereka boleh ambil balik, tetapi dengan Allah tidak terlepas. Sejarah membuktikan orang yang makan harta waqaf tidak selamat di dunia dan di akhirat” tegas beliau lagi.

Manakala mempertahankan diri dari tuduhan PAS, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan parti itu merampas aset milik PAS Johor sebaliknya mereka hanya mengambil alih bangunan yang diwakafkan semula kepada parti itu.

“Apa yang berlaku seperti di Pontian sebenarnya bangunan itu sebelum ini digunakan PAS sebagai markas tetapi pemiliknya telah mewakafkan semula kepada Amanah.

“Kita tidak berniat untuk merampas sebaliknya akan menjadikannya sebagai bangunan guna sama untuk Amanah dan PAS,” katanya.

Dzulkifli berkata, parti berkenaan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan aset sepencarian bersama PAS Johor.

“Pas perlu bersikap terbuka, tidak adil untuk tuduh kita perampas seolah-olah menggambarkan Amanah sebagai parti yang zalim.

“Malah kita hanya menerima dua bangunan sahaja iaitu di Pontian dan di Bakri yang diwakafkan semula oleh pemiliknya kepada Amanah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana